Jumaat, 23 Ogos 2013

Akukah yang kurang NORMAL?

Tengah hari yang memeningkan kepala. Tak ade siapa pun yang berani menyerabutkan hotak aku. Mungkin kerana Tuan hotak ini sentiasa bermuka jaki. Tetapi mungkin disebabkan ketidakcukupan kemahiran mengatur segala urusan dengan betol, membuatkan kepala aku tiba-tiba jadi ting tong. Banyak juga kerja yang belum seleai. Tetapi semuanya memerlukan perbincangan dengan manusia. Maka terpaksa rela ia tergendala dan berlaku gencatan disebabkan manusia-manusia berkenaan tidak wujud buat masa ini.

Pembetulan dissertation, tinggal sikiiiittttt jek lagi. Tetapi yang sedikit itulah yang paliiiiingggg malasssss sekali aku nak hadap. Novel??? Tolong jangan tanya soalan itu buat masa ini. Setiap malam aku bertungkus lumus menulis, menulis dan memperbaiki proposal bersama dua bab awal untuk diemail kepada Tuan editor. Takkan lah nak hantar yang campelang kot. Almaklum bila siang dah letih guna hotak. Malam hotak semakin lembab walaupun sekadar menyusun aksara menjadi kata, mengatur kata menjadi makna. Menggubah makna menjadi cerita.

Pelikkan ketika menulis literature review research bukan main lagi ayat-ayat kreatif berlegar-legar di sebalik celah-celah rongga tengkorak. sampai aku kian sina kesabaran lantaran merindui penulisan kreatif. Tetapi apabila skrin putih terbentang bersedia menerima susun atur bicaraku, tika aku segala idea kreatif yang terselit disebalik rongga-rongga tengkorak hilang, lenyap macam habuk kene sedut vacume... Adoi la...

Lagi satu masalah aku. ketika menulis ayat sedih aku selalu terjumpa elemen-element lawak. Tapi apabila aku nak mengarang ayat lawak untuk tatapan si muda belia, ketika itulah ayat ayat jiwang tangkap leleh menerjah minda... Masalah. Masalah... Teringat pula dulu zaman sekolah, tima nak buat karangan Arab mesti word BI yang datang. Tapi sewaktu nak mengarang essei BI, hilang segala ayat omputeh. Tetiba kalimah Arab pula yang datang mencurah-curah

Tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan

Apa lagi ya kerja yang aku perlu settlekan? Proposal buku motivasi yang perlu diperbaiki? Warrrggghhh satu lagi soalan scary yang aku rasa nak lari ke negara lain jika ada yang berani bertanya. TIDAK!!! Jangan salah faham. Ini semua bukan beban. Aku tak pernah anggap ini membuat aku kusut. Cuma kadang kala apabila segala macam bentuk tugasan datang secara bertimpa-timpa, aku kian lemas dengan projek-projek yang aku rancang tetapi tidak cukup kaki, tangan dan jari-jari sebanyak 21 ini tak terpai segala kerja. Kerana otak aku hanya satu. Hati aku hnya ada satu dan jiwa aku juga hanya ada satu. Ah ini semua alasan!!!


.... Bersambung...
Sekurang-kurangnya aku menulis juga sesuatu walaupun bukan novel, bukan buku motivasi, bukan research... Bukankah menulis juga merupakan salah satu terapi jiwa. Ya Allah bantulah hambamu untuk menyusun bait kata agar makna yang ingin kusampaikan tercapai maksud dan bermanfaat untuk semua. Amin


Khamis, 15 Ogos 2013

Tikus yang menari




Aku ingat lagi dulu kat sekolah ada pepatah arab yang maksunya "Apabila kucing tiada, maka tikus pun menari-nari". Hari ini bos aku tak datang. maka aku ibarat tikus yang menari-nari itu. Erm... Tak de lah bebas merdeka bak burung yang terbang di angkasa sebab banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Tetapi rasa senang hati tetap ada walaupun sekadar secubit garam.

Hari ini 15 Ogos. kira-kira dua minggu sahaja lagi aku bakal bergelar penganggur sepenuh masa. Yeeeeehaaaaaa!!!!

Isnin, 5 Ogos 2013

6 Cara memupuk CINTA terhadap ilmu



"Tak KENAL, maka tak CINTA" begitulah ungkapan yang seringkali kedengaran. Jika manusia, kita boleh berkenalan melalui pelbagai cara; minta nombor telefon, berutus email, sekodeng facebook dan lain-lain. 

Bagaimana pula nak mengenali ilmu,  memupuk kasih kepadanya agar terbit rasa rindu setelah sekian kali tidak bersua sekaligus memaknakan rasa cinta untuk sentiasa menghayati isi kandung ilmu tersebut?



Sedangkan ilmu bukan lah manusia yang memiliki hati dan perasaan. Tidak tahu membalas rasa cinta apatah lagi mengungkap kerinduan dalam hati. Namun, itu bukan alasan yang harus dipersoalkan. Kecintaan terhadap ilmu boleh dilahirkan andai kita tak jemu mengusahakan. Antaranya;

  1. Berguru, mendapatkan bimbingan melalui coach, mentor dan sebagainya
  2. MEMBACA, MEMBACA dan MEMBACA, bak kata A. Samad Said
  3. Menyertai majlis ilmu seperti kursus, seminar, konvensyen dan konferensi
  4. Jangan kedekut membelanjakan wang untuk memperoleh ilmu dan rujukan berkualiti
  5. Mencari inspirasi melalui Tuan Pakar
  6. Jangan ego, usah sombong untuk bertanya dan berkongsi pengetahuan



Mudahkan. Walaupun tak semudah memetik jari, namun tak sepayah membina Kota Rom. Kanak-kanak pun perlu bertatih sebelum pandai berjalan. Apapun jua bidang ilmu perlu bermula daripada peringkat asas sebelum memantap pengetahuan. Selamat memaknakan CINTA dalam apapun juga bidang ilmu yang menjadi pilihan :)



p/s : Kadang kala membaca 'kisah' atau mendengar cerita daripada sang penglipur lara adalah lebih menyeronokkan dan lebih membantu dalam proses penghayatan berbanding membaca teori semata-mata.

Rabu, 31 Julai 2013

Selamat hari pahlawan


Siang tadi seorang askar wahtaniah merangkap ex-fesi aku telah menghantar satu email semperna hari pahlawan yang disertakan video yang berlatarkan lagu ini. Syok menghayatinya. Irama rock yang ganas, rancak dan bersemangat. Tetapi liriknya menyentuh hati jika dihayati. sekali gus mengingatkan betapa selesanya hidup pada hari ini. Makan dengan selesa, tidur atas tilam dan gembira hidup di samping keluarga dan teman-teman tersayang.

Sedangkan pada masa yang sama pahlawan-pahlawan ini meninggalkan rumah jauh dari keluarga, sepi tanpa gelak tawa teman-teman. Tidur beratap langit, berlantai tanah. Menghidang diri kepada nyamuk dan pacat. belum dikira binatang buas, serangga berbisa. Semua dihadapi demi tanggungjawab kepada negara.


TERIMA KASIH PAHLAWANKU
KERANA TERUS BERBAKTI 
WALAU TAK DI PUJI



Sent into battle to aid strangers in need
Gain independence, our forces will lead
Final solution when all others have failed
Liberation is coming our path has been laid

We remember the fields, where our tanks held the line
We remember our brothers in arms

(when the war, has been won)
(and our march home begins)
What awaits has not yet been revealed
(what was won? what whas lost?)
(will our deeds be remembered?)
Are they written on stone or in sand?

Marching ashore, our target awaits
Facing resistance, forces driven by hate
Protecting civilians, while fired upon
(rules of engagement, our restrictions are gone)

We remember the sea, where our ships broke the waves
We remember our brothers in arms

(leaving home, set to sea)
(was this really meant to be?)
(see the shore of our home fade away)
(facing blood, facing pain)
(have our brothers died in vain?)
(many lives has been lost on the way)

Isnin, 29 Julai 2013

Lamaran perjuangan


Hari ini aku tiada apa-apa yang hendak dibebelkan. Cuma aku tertarik dengan satu kata-kata yang aku temui ketika sedang asyik baca post yang tertera dalam news feed facebook. Post tersebut datang dari gambar seorang script writer. 

"Tika dirimu dilamar PERJUANGAN
JANGAN pernah berkata TIDAK!!!"



Ayat yang tidak sampai 10 patah perkataan ini, membuat aku tersentak seketika, dan aku memutuskan untuk memikir kembali beberapa keputusan yang aku telah bagitahu diriku bahawa aku TIDAK akan lakukan. Terasa diri bagaikan si BACUL yang KETAKUTAN ketika mengingat bagaimana aku menolak mentah-mentah. AHHHH masih belum terlambat untuk difikirkan

Apapun yang hendak dilakukan, semua perkara perlu dipertimbangkan. Istikharah perlu mendahului keputusan. Apa yang penting, semuanya perlu berlandaskan iman agar cahaya hidayah-Nya tidak kelam dimamah kesombongan hati yang lupa diri.

Ahad, 28 Julai 2013

Mood Happy


Ketika aku tension mengenang pembetulan dissertation yang bergelak sangat perlahan mengalahkan kura-kura, kaki aku melangkah pantas menuju ke PKNS, tempat paling senang aku nak pergi. Niat hati nak sekodeng kuih raya, baju raya atau apa-apa aje la yang berkait dengan raya. Tetiba mood aku terbantot sebab hari minggu, manusia ramai sangat. Akhirnya, niat nak usha baju raya terbatal dan aku hanya beli majalah (seperti gambar di atas), sabun muka dan perfume. 


Majalah Fokus SPM bulan ni memulihkan mood aku yang rasa macam nak mati ni. HEHEHE bukan sebab artikel aku jadi tajuk muka depan (EH keletulan plak bulan ni dia keluar muka depan). Tetapi apa yang membuat aku tersengeh macam kerang putus nyawa ialah apabila terbaca surat pembaca bernama Hamiza Adnan. Apelah sangatkan... tetapi bagi aku bermakna sekurang-kurangnya ini bermaksud apa yang aku tulis selama ini memberi input berguna kepada pembaca. Bukti bahawa apa yang aku lakukan selama ini tidak sia-sia. 


Alhamdulillah. Syukur kerana Dia Yang Maha Berkuasa telah mengizinkan jemari ini untuk terus mengetuk-ngetuk (EH bukan ketuk la, tekan slow2 je) di atas keyboard laptop buruk ini. Sesungguhnya segala kebaikan itu datang daripada-Nya dan segala kekurangan itu datang dari diriku yang serba dhoif  ini. 

Aku doakan adik Hamiza Adnan beroleh kebaikan daripada pembacaan bahan-bahan ilmiah. Tahniah, kerana ketika orang lain memilih untuk membaca sesuatu yang menghiburkan, tetapi adik memilih bahan ilmiah sebagai kudapan minda. Semoga berjaya mencapai cita-cita di dunia dan berbahagia di akhirat. 

Ahad, 14 Julai 2013

Aku Tanpa Sahabat

“Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu terjatuh ke dalamnya” kata-kata ini aku cedok daripada novel tarbiah ‘Relasi Mencari Sahabat Sejati’ karya Hilal Asyraf.


Sebentar aku terkesima. Bukan terkejut atau tidak setuju dengan kata-kata itu. Cuma aku terfikir, jika buku ini telah terbit sejak dahulu lagi dan aku telah membacanya sejak zaman persekolahan, pasti banyak perkara yang dapat ku perbaiki.

Sejak dahulu aku mengukur, rapat dan kukuh sebuah persahabatan mengikut tempoh masa aku mengenali seseorang. Maka aku sering kali menolak persahabatan atau perhubungan baru dalam hidup, dengan alasan kesetiaan pada persahabatan lama.

Namun aku mungkin silap. Sepatutnya ukhuwah perlu dijalinkan dengan sesiapa sahaja saudara seagama yang ada di atas muka bumi ini. Selagi ia tidak melampaui batas-batas syarak. Apatah lagi sekiranya jalinan ukhuwah itu mampu membuatkan kita taqarrub kepada-Nya, di samping menambah ketakwaan dan mengukuhkan keimanan.

Andaian itu sering kali membuat aku kecewa apabila dia, insan yang aku nobatkan sebagai sahabat tiba-tiba menjadi manusia yang sangat tidak memahami. Sahabat yang aku fikir sangat mengenali ku, rupanya tidak pernah mengerti bahkan seolah-olah mengenali ku sebagai insan lain, seperti watak yang dia cipta sendiri. 


Tetapi wajarkah aku menyesali, haruskah aku menyalahkannya. Seharusnya aku tidak terlalu mengharap. Apa yang pelik, manusia yang baru sahaja dikenali seolah-olah tahu segala-galanya dan mampu membaca diri ini bagaikan membaca sebuah novel.

Ntahlah... Aku cuma boleh katakan bahawa semua ini kuasa-Nya. Mungkin dia tidak mengizinkan sahabat lama untuk memahami ku sedalam-dalamnya. Namun apabila Dia berkata “ku fayakun” maka tidak mustahil jika orang yang baru ku kenali itu lebih mengerti segala-galanya.

Kenapa tiba-tiba aku menulis tentang sahabat? Sebab pertama, aku sememangnya menganggap sahabat adalah manusia  terpenting dalam hidup. Kedua, aku jua pernah menyia-nyiakan kemunculan sahabat dalam hidupku. Ketiga, kedatangan Ramadhan pada tahun ini bermakna sudah dua tahun aku dan sahabatku tidak lagi saling berhubung seperti sebelum-sebelumnya. Segala-galanya berpunca daripada sikap ku sendiri. Ah... aku malas nak merungkai kembali satu kebodohan yang impaknya sangat mengecewakan.

Tanpa kata, sms, surat, email pengganti bicara, membuatkan terkadang aku rasa waktu seakan kosong. Rongga-rongga dalam jiwa seakan dipenuhi habuk dan zarah-zarah yang tak berguna. Namun, ia membuka ruang untuk aku muhasabah diri, memberi waktu untuk aku bertanya kepada hati dan memberi peluang kepada akal mencari rasionalisasi. Aku tahu setiap aturan-Nya pasti tersirat hikmah yang sangat indah. Aku sering menggambarkan bahawa aku ibarat watak Saifullah dalam novel Relasi Mencari Sahabat Sejati yang asyik tercari-cari seseorang yang boleh digelar sahabat dan tertanya-tanya apakah makna persahabatan sejati.


Seperti kisah dua orang kerdil yang dipetik daripada buku  ‘Who Moved My Cheese?’ Hasil karya Dr. Spencer Johnson. Orang kerdil bernama Haw telah meninggalkan sahabatnya Hem. Haw yang mahu mencari keju baru dan meninggalkan daerah yang telah selesa diduduki sementara Hem berdegil mahu menunggu keju lamanya muncul kembali.

Dahulunya mereka sering bersama dalam suka dan duka. Mengembara bersama mencari keju yang diidamkan. Menjalani rutin hidup bersama-sama Namun apabila sampai satu tahap, Haw terpaksa mengucap selamat tinggal kepada Hem. Haw tidak mengkhianati persahabatan mereka. Cuma sampai setakat itu sahaja mereka bersama. Jauh di sudut hati Haw dia tetap mengharap Hem juga akan terbuka hati untuk keluar daripada daerah yang sudah kehabisan keju itu.

Haw masih menganggap Hem sebagai sahabatnya. Namun haluan yang berbeza memaksanya meninggalkan Hem. Menurut buku itu “untuk mendapatkan keju baru, kita perlu meninggalkan keju yang lama” sekali dengar agak kejam. Lebih-lebih lagi jika keju itu kita umpamakan seperti seseorang yang pernah wujud dalam sebuah hubungan yang istimewa. Tetapi, itulah realitinya, kita perlu bergerak seiring dengan masa. Andai sebuah perhubungan itu lebih mendatangkan natijah buruk, untuk kenapa masih membuang masa? Untuk apa setia menunggu?

Untuk dia yang dahulu pernah menjadi sahabatku, dia yang pernah mengisi kekosongan waktuku dengan senyuman, keriangan dan hilai tawa. Dia yang pernah berkongsi cerita suka duka dengan ku. Dia yang pernah kebasahan meredah hujan bersama ku. Dia yang pernah bermandi keringan berjalan di bawah terik mentari bersama ku.. Semoga Allah menemukan untuknya sahabat yang lebih baik daripada diriku. Sahabat sejati seperti yang digambarkan oleh Hilal Asyraf dalam novelnya, sahabat yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkannya dan memimpinnya ke syurga. InsyaAllah. Ameen

Rabu, 10 Julai 2013

Pertama Ramadhan datang lagi


Syaaban pergi. Ramadan datang lagi.  Bertamu dalam kalendar kehidupan bersama keberkatan. Membawa harapan baru. Merenung beberapa waktu yang telah ditinggalkan. Ramadhan - Ramadhan terdahulu yang telah aku lalui. Menginsafi diri dengan hati yang tidak cukup murni bagi mengikhlaskan segalanya berlalu pergi. 


Terkadang aku kurang redha dengan ketetapan Ilahi. Tanpa kusedar harumnya bunga disebalik ketajaman duri. Manisnya madu terkawal disebalik bisanya lebah. Aku masih mencari makna ilusi ketika terangnya realiti. Tanpa kecaknaan bahawa jawapannya ada di sini.



Tahun ini sekali lagi aku menyambut Ramadhan dengan sebeban kealpaan semalam yang kian memberat. Sekali lagi  Ramadhan ku sambut dirantauan. Walaupun bukan di seberang lautan. Aku memilih untuk meneruskan kerja bersama supervisorku. Tatkala ini hatiku penuh mengharap agar dissertasiku tidak bermasalah agar dapat ku tamatkan pengajian ini dengan mudah. Dihadapanku ada dua pilihan yang kian meletakkan aku dalam dilema. Tersepit antara cita-cita ku pada masa dahulu dan angan-angan sewaktu kecilku, yang kini terlihat jelas jalan menjadikan angan-angan itu menjadi realiti yang pasti. 

Perlu melakukan istikharah banyak-banyak kali agar aku mantap memilih keputusan yang mencorak siapa aku pada esok hari, agar tidak diburu sesalan nanti. Antara menuntut dan mendalami ilmu yang fokus kepada satu bidang tertentu atau menyebar dakwah secara umum dalam pasaran yang meluas atau melakukan kedua-duanya sekali? Bukankah selama ini juga aku sudah biasa hidup dalam rutin seperti itu. Tetapi aku memerlukan waktu untuk membina legasiku. Masih buntu. Ikutkan hati, mahu sahaja aku pergi. Tetapi di sana juga belum tentu kebahagiaan itu pasti.

Ramadhan ini ku sambut dengan sejuta harapan. Semoga kali ini aku lebih mengerti makna diri. Ahlan wasahlan yaa Ramadhan...

Ahad, 30 Jun 2013

Yehhhh Alhamdulillah. Siap!!!

Alhamdulillah. Siap sebuah cerpen dan telah ku emailkan kepada pihak yang terlibat. Mudah-mudahan terpilih. Jika tidak terpilih, tidak mengapa. Jangan putus asa. Barangkali ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Aku hanya mencuba nasib

Kejayaanku menyiapkan cerpen pada hari ini memberi momentum untuk aku menuli novel. Siang tadi sempat merehatkan otak bersantai ke MPH di SACC Mall. Membeli tiga buah novel karya Khairy Tajudin, untuk mendalami gaya penulisan Novel Remaja bagi Galeri Ilmu. Nak buat buku rujukan untuk novel ku yang perlu disiapkan menjelang 23 September ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan menjauhkan diri ini daripada kebalasan dan sebarang sifat Mazmumah... Ameen Yaa Rabb

Novel yang aku beli ialah:

  1. Budak Komik
  2. Budak U
  3. Back to Campus

I Believe I Can Fly

Yeeeehaaaaaa.... Mood main flying fox semalam masih terawang-awang dalam rongga-rongga hatiku. Syoookkk walaupun gayat. Terasa nak macam nak surrender bila kene panjat tinggi2. Ni kalau jatuh, riuk tulang aku. Tetiba aku gambarkan imaginasi pelik. bayangkan "sang putera" sedang diculik oleh beruk raksasa dan akulah "heroin" macho yang akan menyelamatkannya. Maka, dengan gagah aku menerbangkan diriku meredah bahaya untuk menyelamatkan "sang putera" yang kurindui. 

Pengajarannya: Imaginasi yang kreatif diperlukan untuk memotivasikan hati ketika lutut terketar, tangan menggigil, hati terasa macam nak mati... Sebagai penulis, Imaginasi juga diperlukan untuk menjana idea demi menghasilkan karya bombastik dan membawa kesan positif kepada pembaca

Aku ingin terbang
menggapai putihnya awan, 
melihat tingginya bintang
Aku ingin terbang
walau aku bukan sang helang

Hari ini aku nak melayan lagu ini puas-puas sebab mood semalam masih berkobar-kobar dan membara menyala-nyala. Tergambar di sebalik senyuman puas yang terukir di muka aku yang berkeringat selepas menggigil kegayatan. Semalam aku pergi ke Taman Botani, Bukit Cahaya Shah Alam bersama kawan aku si Zulaika dan dia punya "kawan". Pilih pakej Extreme plak tu. 

Selepas itu aku di dera jadi orang pertama yang kene buat. Sebab aku yang gedik mintak dia pilih pakaj extreme ketika booking tempoh hari. So, redha je lah. Kang kalau minah ni majuk tetiba kata tak nak buat, lagi naya kan hahahhaha. Takpe la... atleast aku nampak berani dan macho la jugak

Pehhhh memang puas hati. Syokkknya terbang walaupun hanya buat flying fox. Ok... Selamat menghayati lagu ini pada hari Ahad yang cerah dan indah. ceeewahhh!!! Segala ulasan yang banyak-banyak tu aku akan tulis kemudian. Hari ni tak larat nak membebel panjang. Semalam syok terbang, hari ni padan sakit macam baru lepas kene karate. Lagipun ada benda yang lebih penting yang perlu aku tulis sebelum menjelang tengah malam... :)

Orait... all the best untuk diri sendiri. Selamat menulis. Selamat berkarya!!!



I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can do it (I can do it)
If I just believe it, there's nothing to it
Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly-eye-eye-eye
Hum, fly-eye-eye

Ahad, 23 Jun 2013

Bengkel Realiti Penulisan Novel Islami

Tiada kata secantik bahasa
Tiada ungkapan seindah Alhamdulillah
Nak ku gambarkan rasa syukur kepada-Nya



Aku telah menyertai Bengkel Realiti Penulisan Novel Islami bersama Hilal aysraf yang bertempat di Hoter DePalma, Shah Alam pada 22-23 Jun. Sebagai persediaan menghadapi menghadiri bengkel ini, kami diminta menyiapkan proposal yang mana sinopsisnya bakal dibentangkan dihadapan penal.

Seminggu sebelum bengkel ini, aku dihujani dengan semua tugasan yang perlu disiapkan secepat mungkin. Paper untuk seminar di Bangkok, menanda kertas ujian dan assignment student, dan customer ku yang memerlukan perkhidmatan pada saat-saat akhir. Maka, aku hanya sempat membuat proposalku secara serius pada 21 Jun yakni sehari sebelum bengkel berlangsung. Ya Allah menyesalnya aku buat last minit. Kesalnya aku tidak berusaha mencilok masa ditengah-tengah kesibukan. 

Terlintas dalam hatiku untuk menarik diri dan tidak jadi menghadiri bengkel ini memandangkan banyak lagi kerja-kerja yang boleh aku siapkan pada hari Sabtu dan Ahad. Aku perlu menyempurnakan 3 lagi paper untuk publication. Literature Review untuk research berkenaan Integrity in Education juga perlu kusiapkan sebelum boss ku pulang dari Bangkok 26 Jun ini.



Tetapi aku sudah membayar wang deposit sebanyak RM200. Satu lagi, aku telah menolak ajakan boss untuk turut serta bersama beliau menghadiri conference di Bangkok. kalau sejak awal lagi aku tak mahu menyertai bengkel ini, lebih baik aku mengikut beliau ke Bangkok. Boleh jalan-jalan melihat negara orang, mana tahu untung-untung, datang ilham yang mencurah-curah bak air bah.

Sekali ku melangkah, biar kuteruskan. Biarlah tempang, biarlah langkahku pincang, tidak aku menoleh ke belakang. Pantang aku mundur, pantang aku menyerah. Akhirnya ketika kalut dan kelam kabut, aku gagahkan diri menghadirkan diri ke bengkel itu dengan persiapan yang serba cincai. Dalam hati aku berdoa, Ya Allah bantulah aku, andai ini jalan untuk aku berbakti kepada agamaMu, maka berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang dhoif ini.

Alhamdulillah, aku sihat sepanjang bengkel walaupun semua ubat tertinggal kecuali minyak cap kapak. Babak yang mendebarkan dalam bengkel ini ialah pada malam Sabtu kami diminta membentangkan karya masing-masing dan mereka akan mencantas segala kekurangan. Rakan-rakan dikalangan peserta juga diberi peluang untuk bertanya atau memberi komen.



Segala komen yang kami telan pada malam itu perlu diambilkira dan dijadikan panduan untuk memperbaiki sebelum ia dibentangkan sekali lagi pada esok hari (23 Jun) di hadapan penal yang akan memutuskan sama ada reject atau accept. Pehhh dua perkataan ini mengingatkan aku kepada software SPSS. reject null hypothesis jika P value significant, dan accept null hypothesis jika P value tidak significant. Tapi dalam bengkel ini, tiada hypothesis, ceh macam dissertation la pulak. Aku bayangkan bengkel ini seolah-olah program realiti TV, cuma mujurlah ia tidak tersiar dalam TV hehehe...


Eh, apa pula yang aku melalut ni? Yelah walaupun presentation ini tidaklah sangat menggerunkan seperti presentation dalam moot court di hadapan Tuan Awang, Prof Syed Noh dan Prof Rohana seperti subjek Investigation Technique, tiada evidence yang perlu disispkan, tiada element of offence yang perlu difikirkan dan tidak perlu nak merujuk kepada mana-mana akta. Malah hanya memerlukan keaktifan otak kanan...Tetapi, bagi aku ini adalah yang terpenting dalam hidupku kerana ia bakal menentukan masa depan aku dalam arena penulisan. Kerana itulah aku rasa berdebar, namun aku enjoy sebab aku membentangkan sesuatu yang amat aku sukai dan tersangat aku minati.



Diringkaskan cerita, Alhamdulillah aku diterima dan Galeri Ilmu bersedia menerbitkan manuskrip novel ku. Dan... aku dicadangkan agar menyiapkan manuskrip yang lengkap pada 23 September 2013. Semoga aku dikurniakan nafas yang cukup untuk melaksanakan amanah ini. Oh ya, syukur alhamdulillah kerana Allah telah menggerakkan hati insan-insan berhati mulia dari Galeri ilmu untuk membantu  aku yang dhoif dan serba tidak tahu ni. Melalui tunjuk ajarnya, aku memperbaiki kesilapan, kelemahan dan kecelaruan yang wujud pada presentation malam tadi. Aku harap ukhuwah ini akan terus terjalin dalam jalan menyebarkan dakwah melalui penulisan.  Semoga segala urusan juga dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Semoga semua rakan-rakan penulis seramai 15 orang yang berkampung, eh silap... bukan berkampung, tetapi berhotel di sini selama dua hari satu malam juga berjaya dalam cabang dan kecenderungan masing-masing. Apa yang aku rasakan ialah jalinan persaudaraan yang akrab walaupun baru berkenalan. Gembira dan syukur kerana bertemu dengan sahabat-sahabat yang sama minat dan cita-cita. Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat, Amin...

Salam Nisfu Syaaban


Diam tak diam, tarikh pada kalender menunjukkan sudah mencecah hari ke-14 dalam bulan Syaaban. Esok Nisfu Syaaban menjenguk tirai masa dan banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan sebagai bukti kehambaan terhadap Yang Maha Pencipta.

15 hari lagi Ramadhan pula bertamu mengganti Syaaban. Ketika tulang empat kerat dan lima deria bersatu dan bergabung fungsi demi melaksanakan rutin dan obligasi harian, sejauh mana pula seluruh hati dan jiwa tunduk tawaddu' bersujud kepadanya?


Pada saat manusia acapkali memastikan agar rutin mengimbangi fungsi otak kanan dan kiri. Namun setakat mana pula kita mengatur agar wawasan duniawi dan matlamat ukhrawi selari seiring sejalan? 

Menjelang Ramadhan, persiapkan diri, lengkapkan hati, mantapkan jiwa dalam membentuk diri sebagai hamba yang mengabdi.

Selasa, 18 Jun 2013

Selamat MERDEKA kawan-kawanku

Hari ini merupakan hari menghantar dissertation. Menjelang petang, banyaklah post dalam facebokk berkenaan meraikan kemerdekaan, semperna usai sudah satu tugasan yang berupa step terakhir sebelum menggenggam Master.

Rasa hangatnya bahang kemerdakaan tidak lagi hangat bagiku kerana kemerdekaan ku telah diraikan pada hari Jumaat 14 Jun yang lalu. pada hari ini aku kembali stress. Terasa juga diriku bagaikan seorang yang masih belum merdeka dan terpenjara dengan banyak tugasan. Walaupun sepatutnya aku sudah lama boleh MERDEKA!!!

Waarrggghhhhh rasa nak menjerit pun ada. sejak pagi menjelang petang aku pulun menyiapkan paper untuk Conference di Bangkok dan menyiapkan Slide presentation. Memanglah sepatutnya paper ini sudah lama siap sejak minggu lalu. Tetapi terdapat beberapa bahagian yang perlu diperbaiki dan ditokok tambah

Walaupun bukan aku yang akan present, tetapi "Boss" aku. namun apabila sesuatu kerja yang banyak menggunakan otak dan perlu banyak berfikir, terpaksa disiapkan secara terkejar-kejar, sakit juga otak.

Erm... kadang kala aku pun tak faham dengan diri aku, kenapa aku menyibukkan diri dengan benda-benda yang sebenarnya aku tak ingin kejar??? Tetapi buat masa sekarang aku memerlukan duit. Siapa nak belikan aku make up? Siapa nak support ketika aku ingin berjoli? Siapa nak tolong bayar tatkala aku gedik ingin menyertai mana-mana bengkel penulisan yang dikendali oleh sumber inspirasi? Kalau tak dapat, mesti rugi kaaaann

Mudah-mudahan ketidak seronokkan melakukan kerja-kerja di bawah arahan orang, akan menyuburkan lagi cinta ku terhadap cita-cita.

Sibuk macam mana pun, enjoy tetap enjoy. Hidup perlu diteruskan. Ceeewah!!! Alhamdulillah dengan keizinannya, correction paper berjaya disiapkan menjelang maghrib dan aku join Ina, Laika, Fini dan Ain mengisi rongga-rongga kosong dalam perut kami. Sakit perut sebab kenyang dan sakit perut sebab banyak ketawa. Fini asyik buat lawak jek. Hahaha

Apa-apapun TAHNIAH untuk semua kawan-kawanku sama ada Master Forensic Accounting atau Master of Accountancy, yang telah akhirnya berjaya menyiapkan dissertation. Semoga berjaya menukar mimpi menjadi reality. 

Ok sebelum tidur, nak siapkan beberapa kerja. Pelanggan aku baru sahaja SMS, nampaknya bertambah satu  lagi tugasan yang perlu dilaksanakan demi mencari beberapa suap nasi. 



8 Syaaban 1434 =17 June 2013

Sabtu, 15 Jun 2013

Menyemai dan menuai cinta dalam PENULISAN


Pada hari ini aku menghadiri satu lagi Bengkel Penulisan bersama Tuam Mohamad Zamri. Hajat di hati nak melebarkan sayap meneroka dunia penulisan dan menerobos pasaran yang lebih luas. Bengkel setengah hari yang ringkas tetapi sungguh padat sangat memberi input bermanfaat untuk masa depanku dalam jangka panjang. 

Sebenarnya aku pernah membeli buku karangan beliau berjudul "Caru Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas" pada tahun 2006 atau 2007 kalau tidak silap. Tetapi aku hanya sempat membaca semuanya pada tahun 2010, dan pada tahun Desember 2011 lahirlah karya pertamaku dalam majalah Fokus SPM. 

Bersyukur kerana dengan izin-Nya, maka aku telah berjayamengaplikasi ilmu yang terkandung dalam buku tersebut. Namun sedikit kesal kerana kalaulah aku berjaya membaca buku ini lebih awal, tentunya aku boleh bermula dengan lebih awal

Kata-kata beliau yang masih melekat dalam kepala ialah tentang kecantikan sosial "dipandang cantik melalui perkataan walaupun belum bertemu wajah"

Erm... Siapa kata Bahasa Melayu itu tidak seni, biarpun tak terlawan dengan tingginya nilai sastera Arab. Siapa bilang bahasa Melayu tidak indah? Walaupun tak akan pernah setanding dengan indahnya bahasa AlQuran.  

Tidak salah mempelajari bahasa lain yang merupakan sumber daripada pelbagai cabang ilmu, tetapi usah disebabkan kecetekan kita dalam mendalami bahasa ibunda, maka sesuka hati dan tanpa bukti kita mendakwa bahasa lain lebih indah, lebih seni dan bahasa Melayu itu mudah, senang dan simple

Wahhh tiba-tiba entry kali ini berlainan sekali topiknya. Sebenarnya aku sedikit tersinggung dengan kata-kata yang lahir dari seseorang yang amat aku kagumi dan sangat aku hormati ketika bertemu dengan beliau beberapa minggu lepas. 

Mungkin beliau tidak berlintas untuk memaksudkannya begitu. Namun sebagai orang yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium menyampaikan idea dan ilmu yang menjadi tunjang pendapatan bulananku, senyuman manisku bertukar kelat tatkala menelan kata-kata beliau ketika itu

Aku sendiri masih dalam ketegori BUTA terhadap sastera secara teori. Namun hatiku kian terpaut cinta untuk menikmati bait-bait tersusun yang menyampaikan maksud tersirat. Pasanan yang terselindung di sebalik aksara, menambat hati dan jiwaku secara praktikalnya.

Bagi aku, kita tidak boleh memandang enteng terhadap perkara yang kita tidak tahu secara mendalam tentangnya. Sila jangan pre-judgement, dan berfikirlah secara objektif. Dua patah perkataan yang sangat aku ingati. Perkataan yang keluar hari mulut Tuan Awang setiap kali mengajar ataupun memberi komen untuk subjek Investigation Technique. 

Hehehe entry hari ini agak panjang sebagai denda kerana semalam aku tidak sempat menulis sesuatu seperti mana yang telah dijanjikan kepada diri sendiri.Minggu depan bengkel selama dua hari bersama Hilal Asyraf pula akan menyusul. Maaaaakkkk proposal belum siap lagi. Yaa Allah permudahkanlah, berikan lah kekuatan yang lebih, ketabahan yang lebih, hindari hambaMu yang naif ini daripada kemalasan. 

Amin


5 Syaaban 1434 =14 June 2013

Khamis, 13 Jun 2013

Microsoft office ku... Sabor je lah

Alhamdulillah. Bakal menerima pelanggan pertama. Walaupun kategori ciput "anak ikan bilis" tapi sebagai permulaan sebelum dapat jerung. Insya Allah I'll do the best for her. Tapi cam gini lah masalah tenet kat UiTM yang bermula tengahari tadi berlarutan sampai malam membuatkan dia terpaksa menghantar data esok subuh-subuh buta. 

Semoga aku dapat membantunya dan semoga Allah mempermudahkan jalan hidup kami. Kalau nak difikirkan buzy memanglah tak akan pernah sempat buat benda2 sampingan macam ni. Tapi aku perlu belajar mencilok masa dari sekarang supaya pada masa akan datang hidup aku tidak haru biru. 

Nasihat kepada diri sendiri, "walau sesibuk mana sekalipun, jangan stress2. hidup ini hanya sekali. Walau pahit, walau sedih, walaup pedih aku mesti menikmati setiap helaan nafas ini dengan penuh rasa kesyukuran dan penghayatan. Hargai setiap saat yang ada, dan kesempatan waktu yang diberikan untuk kita menikmati keindahan bumi ciptaan-Nya sebelum kita berpindah ke rumah free di bawah tanah"

Tetiba teringat apa yang disampaikan oleh Osman Affan ketika aku menghadiri ceramah beliau kalau tak silap pada tahun 2008. Apa yang beliau cakap? Lain kali lah aku cerita. Malam ni tak terlarat. Bengang GILERRRRssss dengan microsoftword laptop aku ni. heyyyyy kalau lah laptop ni ade pipi dah lama aku lempang laju2. HAHHAHAHHAH. opppssss sabar.... Inna Allaha ma'a sobirin... 


4 Syaaban 1434 =13 June 2013


Emosi tak stabil

Emosi yang tak berapa nak stabil. Paper untuk conference Bangkok semakin membengkokkan otak aku. Masih perlu bermain-main dengan software SPSS. Mual + muak + jemu. Sabar... Sabar... Sabar

Ayat power untuk pujuk diri sendiri "Untuk mendapatkan apa yang kita sukai, kita perlu bersabar dengan apa yang dibenci"

Budget, esok nak print dissertation dan nak run semula SPSS untuk conference paper, tambah LR pasal fraud. 

Melatih diri untuk meminimunkan kadar bergantung dan mengadu kepada manusia. Kerana suatu hari nanti mereka juga akan jemu dan menyampah seperti mana aku yang dah naik muak apabila terpaksa run regression, buat normality test berkali-kali... huhuhu... 
biarpun jauh di sudut hati, kalau tahi cicak jatuh atas lantai pun aku nak cerita hahaha...

Tetapi tentunya amat menyeksakan kalau tempat aku mengadu hilang dari hidup aku... Ibarat kita tampal handy plus pada luka dan biarkan lama-lama, tentunya sakit, pedih dan menakutkan bila kita nak cabut handy plus tersebut. atau ibarat gigi geraham orang tua yang lebih sakit apabila untuk dicabut berbanding gigi susu budak kecik




3 Syaaban 1434 =12 June 2013

Rabu, 12 Jun 2013

Ceria, gembira dan rindu

Happy sebab hari ni ramai plak classmate yang datang UiTM sebab urusan thesis masing-masing. Dapat jugak melepas rindu walaupun seketika. Sebab lain yang membuatkan aku happy, ceria dan tenang ialah pada hari ini aku tak terserempak dengan budak psiko yang seringkali menyebabkan produtiviti aku merosot. Hari ini aku aman tanpa gangguan, biarpun rasa macam mabuk kepayang mengadap dan mengedit dissertation. 

Tetapi nanti mesti sunyi sepi bila semua dissertation dah settle dan aku pula masih di sini meneruskan tugasku sebagai RA. Waaahhhh bosannya... Selama ini pun aku dah cukup terseksa dengan kebosanan dan kejemuan. Jemu kerana asyik tengok research yang sama walaupun diselang seli dengan kerja-kerja sebagai RA dan bahan-bahan penulisanku yang lain. 

Ya lah, frust pun ade la jugak sikit. Saper yang tak bengkek kan. Aku mengharap kehadiran seorang insan, tetapi yang muncul ialah seorang makhluk yang sangat psiko. Sedangkan orang yang aku tunggu, masih tak kunjung tiba.

Apa pun, aku pasrah dan redha jika kerinduan ini tidak berakhir dengan pertemuan. Mungkin ini adalah lebih baik. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Dari kejauhan aku doakan kejayaan dan kebahagiannya. Semoga ukhuwah  ini kekal selamanya dalam redho Ilahi.


2 Syaaban 1434 =11 June 2013



Isnin, 10 Jun 2013

Ahlan wasahlan Yaa Syahru Syaaban


Alhamdulillah... Kerana dengan Izin-Nya, hari ini merupakan hari yang agak produktif untuk aku melaksanakan tugasan-tugasan yang berlambak-lambak tu. Sebelum pukul 10, paper untuk conference di Bangkok yang selama ini benar-benar telah membengkokkan tengkok aku, berjaya ditokok tambah pada bahagian Literature Review dan diemail kepada 'Boss' aku. Sebelum pukul 1 tengahari, Paper pasal ICGI yang tak siap-siap sejak aku Part 1, telah berjaya disiapkan. Cuma aku tak email je lagi kepada Boss. 

Jam satu tengahari berjumpa dengan Evelyn, orang yang buat proof reading untuk dissertation aku. Lama jugak discuss. Disebabkan beliau mengedit thesis aku meggunakan hard copy, maka terpaksalah aku mengedit semula softcopy ku sebelum dihantar. Apa yang best, banyak yang aku belajar dari beliau. Tak kisahlah walaupun aku kene betulkan semula yang softcopy tu. Ini aku akan simpan untuk panduan research-research ku yang akan datang. ceeewaaahhhh ayat tu melambangkan macam aku ade hati nak sambung PhD jek. 

No komen. Pape pun yang aku nak buat, Istikharah perlu mendahului keputusan. Biar petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana menjadi panduan. Aku dah tak nak buat kerja bodoh macam dulu. Buat keputusan berlandaskan emosi. Memilih tempat yang paling jauh kerana nak membawa hati yang tidak dipeduli. Membawa diri kerana dilukai. Sambung belajar kerana mahu lari. Tapi apa yang aku ada sekarang??? 
Masih kecewa, tetap disakiti, kekal dengan luka.... arrrrggghhhh itu aku yang dahulu. semoga semuanya jadi pengajaran yang tak akan aku ulangi

wah apa pulak yang aku melalut ni... erm thesis itu sempat aku edit setakat chapter 3. Tup Tup, jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam, maknanya kalau aku tak nak menangis sorang-sorang kat bus stop menanti bas yang tak kunjung tiba, lebih baik aku chowww sebelum library menjadi lebih bingit. 

Semoga hari esok aku akan menjadi lebih produktif daripada hari ini. Amin

oh yaa. Syaaban dah mengetuk pintu. 30 hari lagi Insya Allah kita semua berpuasa. Setiap tahun aku merindui Kehadiranmu yaa Ramadhan. Kerana sejak beberapa belas tahun nan silam, setiap kali menjelang Ramadhan, sentiasa ku sematkan satu harapan... walaupun setakat ini, harapan itu belum pernah menjadi kenyataan. Semoga ia kesampaian sebelum kesempatan tak mengizinkanku mencantum impian... Bersangka baik & jangan pernah berhenti mengharap kepada yang Maha Pencipta kerana Dia Maha Mengetahui segalanya

1 Syaaban 1434 =10 June 2013

Ahad, 9 Jun 2013

Selamat jalan Rejab

Malam ini Rejab pergi menyongsong Syaaban. Cepat betul masa berlalu. Sedangkan aku masih terkontang kanting dengan urusan dunia tanpa kusedar masa terus berlalu dengan aku masih kecetekan amalan. 

Esok Isnin datang lagi, hari yang sangat tidak menyeronokkan bagi orang-orang yang bekerja kecuali jika mereka benar-benar menyintai apa yang mereka lakukan. Ketika aku menjalani latihan industry 3 tahun lalu, hari Isnin adalah hari kemurungan. Takut, seram dan gerun bila mengenangkan banyak company yang failnya masih terbengkalai menanti untuk diaudit.

Itu semua kenangan. Diam tak diam dah lama semua itu aku jalani. Aku sangat-sangat tidak mahu mengulangi kehidupan seperti itu lagi. Takoooootttttt. Stressssssssss!!!

Apa ya senarai yang mesti aku lakukan esok?
  • Tambah LR untuk conference hujung bulan ini
  • Sempurnakan report ICGI yang asyik tertunda sejak dahulu
  • Berjumpa dengan Evelyn pada jam 1 tengahari untuk mendapatkan dissertasi yang sudah siap diedit. Perkemaskan apa yang patut sebelum print, binding dan submit :)
Erm setakat ni itu sahaja. tak tahulah kalau tiba-tiba ada pula kerja baru yang menyusul. Semoga aku dapat melaksanakan segala tugasan dengan jayanya :)

30 Rejab=9 Jun

Ahad, 26 Mei 2013

Idea di kala syahdu

HEHEHE cam sengal jek kan tajuk kat atas tu. Tapi aku tak tipu, tika dan saat ini hati aku dilanda syahdu lantaran rindu... ceewaaahh!!! Tak boleh blah punye ayat. Aku sedih kerana aku hanya seorang manusia yang lemah, tak memiliki apa-apa kuasa untuk melakukan magik agar rindu itu berakhir dengan pertemuan. Aku hanya mampu mengadu dengan Dia Yang Maha Berkuasa. Aku hanya boleh meluahkan kepada Dia Yang Memiliki segalanya, Dia yang memiliki hatiku dan berkuasa menenangkan jiwa...

Yaaa... Aku akur bahawa setiap perasaan yang terdetik di hatiku adalah dengan kuasa-Nya dan izin-Nya. Walaupun detik hatiku bagaikan genta yang menyentap rasa, aku tetap yakin bahawa segalanya terselit hikmah. Jeng Jeng Jeng tiba-tiba aku dapat satu idea untuk penulisan. tetapi pelaksanaannya memakan masa selama 3 bulan... Idea yang bagi aku HEBAT ini tercetus daripada dua benda. Pertama, ialah rasa syahdu dan rindu yang bertamu di hatiku. Kedua, daripada artikel Haron et al (2006) berkenaan CSR yang aku baca ketika aku mengedit dissertasiku yang bakal dibentangkan dalam ICFC 2013 beberapa hari jek lagi. warrrggghhhhh.

AH!!!! Aku tak nak cakap panjang-panjang pasal Conference tu. Buat aku tension jek. Kang hilang pulak idea HEBAT aku ni. Ape erkkk idea tu???

menjelang bulan puasa, aku nak buat cerita tentang "Diary Ramadhan". Ceritannya berkisar tentang sebulan sebelum Ramadhan yakni sepanjang Syaaban, semasa Ramadhan dan sesudah Ramadhan (sepanjang Syawal). So, cerita aku merangkumi bulan Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Idea ini diadaptasi daripada artikel Haron et al (2006) yang membuat kajian terhadap corak CSR disclosure ketika tahun kegawatan ekonomi (1998), tahun sebelum kegawatan dan tahun selepas kegawatan. 

Aku sengaja tuliskan dalam blog ni di sebabkan beberapa alasan

1. Sebagai peringatan dan cabaran untuk diri sendiri. Di sini aku berjanji dan sekali gus mencabar diriku. Bermula pada bulan Syaaban aku akan menulis setiap rentetan yang kualami dalam blog ini. aku akan namakannya untuk topik yang aku klasifikasi sebagai "Diary Ramadhan" atau apa-apa aje lah yang sesuai. Nanti aku akan edit, buang mana yang mengarut dan tokok tambah dengan pelbagai perisa hehehe

2. Tak nak semua orang baca. Segan nak expose bahawa aku ade perasaan jiwang terhadap seseorang. Kalau tulis dalam facebook malu. Aku tahu blog ni tak ramai yang sekodeng. Orang yang berkenaan pun mesti tak rajin nak sekodeng entry-entry aku yang tak de kene mengena dengan apa yang dia buat sekarang.

3. Sebagai bonus la kepada sesiapa yang rajin baca entry aku. Aku tak kisah kalau ada penulis yang nak amik idea ni, nak buat novel ke, buat drama ke... Sebab ini merupakan idea secara umum dan sudah pasti jalan penceritaan secara detail akan berbeza bagi setiap orang.

Jumaat, 24 Mei 2013

Nota hati bakal penganggur


Mood aku pada pagi yang indah dan cerah ini ialah nak menghayati lagu ini banyak-banyak kali sampaikan roomate aku naik pelik apesal la aku asyik mengulang-ulang lagu yang sama berulang kali. hahaha maklumla tak lama lagikan aku bakal menjadi penganggur. Kini aku menanti saat itu tanpa rasa gundah, cuak ataupun risau seperti dulu-dulu. Aku cuma mengklasifikasi diriku sebagai penganggur dalam istilah seorang yang tidak memiliki atau dimiliki oleh majikan. Pada masa yang sama aku ada misi dan visi yang mahu dicapai. 

Jika dulu sewaktu aku hampir menamatkan pengajian peringkat diploma dan degree, aku sedih sangat nak meninggalkan zaman bergelar seorang pelajar. Sedih dan tak sanggup nak berpisah dengan sahabat-sahabat yang amat ku sayangi yang seringkali memeriahkan hari-hari yang kulalui. Sedih nak mengucapkan selamat tinggal kepada pensyarah-pensyarah yang saban hari tidak pernah jemu dan lelah mengajarkan ilmu, memberikan nasihat dan membekalkan banyak panduan yang berguna untuk aku mengharugi hidup pada hari-hari yang mendatang. 

Aku juga sedih untuk meninggalkan UniSZA tempat aku menuntut ilmu selama 7 tahun. Bayangkan sejak namanya masih KUSZA yang merupakan Kolej Kerajaan Negeri Terengganu sehinggalah bertukar menjadi universiti dengan nama UDM yang kemudiannya bertukar pula menjadi UniSZA. Aku menyaksikan perubahan era 3 zaman itu di UniSZA bersama beberapa orang sahabatku yang turut sama-sama tegar untuk terus berada di situ. Selain itu, aku juga gerun nak menghadapi dunia luar yang serba serbi berbeza. Aku bimbang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku. Aku malu bergelar seorang penganggur. 

Kini, saat itu juga bakal mendatangi ku untuk kesekian kalinya. Cuma kini perasaanku berbeza. Aku teruja. Tidak sabar-sabar walaupun aku tetap berasa sedih untuk berpisah dengan semua kawan-kawan yang ku kasihi dan sudah pasti aku bakal merindui tempatku menuntut ilmu. Walaupun hanya setahun setengah, tetapi tetap ada sesuatu yang bermakna untuk kukenang sepanjang zaman. Tetap ada kenangan indah yang akan menghiasi hari-hari yang bakal kulalui nanti.

Cuma aku rasa seperti tidak sabar-sabar untuk menamatkan semua ini. Tamatnya pengajianku di sini bermakna aku bakal tidak lagi bermastautin di rumah sewa ini dan semalam aku baru sahaja memperkatakan hal ini bersama supervisor ini. Bermakna tidak lama lagi aku juga bakal pencen daripada kerja Part Time ku sebagai RA. Maksudnya, apabila dissertasiku dah settle, aku pun dah jadi penganggur. Secara tersiratnya, aku akan ada lebih banyak masa untuk diriku sendiri. Inilah perkara yang amat kunanti selama ini.

Aku sudah tidak sabar untuk meluangkan setiap minit yang ada dengan kerja-kerja penulisan. Aku juga berazam untuk bergiat lebih aktif lagi dalam bidang ini. Aku mahu menterjemah segala angan-anganku selama ini menjadi realiti. InsyaAllah...Hidupku bakal bermula tidak lama lagi


Jumaat, 17 Mei 2013

Dendam bukan solusi


Dulu zaman aku kecik-kecik kalau aku  rasa bengkek dengan sesiapa, aku akan pastikan muka dia akan jadi bengkak jugak. Kalau tak bengkak, lebam pon jadilah. Pendek kata segala kegeraman akan berakhir dengan aksi ala-ala gelanggang wrestling WWE, dulu dikenali dengan nama WWF.

Tetapi tak semua perlawanan itu berakhir dengan kemenangan. Aku sangat puas hati kalau hayunan tangan dan kaki aku berakhir dengan tangisan si mangsa. Tetapi rasa happy tu tak lama pun. Sebab kebiasaannya si mangsa yang tak cukup berani tu akan mengadu kat abang-abang mereka yang lebih taiko, lebih besar dan lebih gagah dari aku. 

Beberapa minit kemudian kegirangan aku akan berahir dengan kesakitan yang amat sangat. Bukan badan je yang sakit, hati lagi sakit... Dah lah kene tibai dengan orang yang lagi besar dari aku. Dah lah dengan hinanya aku kalah tanpa sempat melepaskan beberapa tumbukan maut. Dah lah geram sebab flying kick yang aku buat, sume dielak dan ditepis. Hati lagi lah sengsara sebab terpaksa menelan segala ugutan, amarah dan pedihnya erti sebuah kekalahan...

Apa yang boleh aku kata... membalas dendam bukan jalan peyelesaian yang berkesan. Ia hanya pencetus kepada masalah yang lebih besar dan memulakan api permusuhan. Penumbuk bukan tindakan tepat untuk menegakkan kebenaran. Penerajang bukan pilihan terbaik untuk mendapatkan kehormatan, penampar bukan terapi untu mengubat rasa kecewa.

Jadilah manusia yang sentiasa menyebarkan kebaikan daripada keburukan yang dilakukan ke atasnya. jadilah manusia yang mencetuskan kegembiraan walaupun hatinya sedang kecewa. Kelukaan bukan alasan untuk kita terus bermuram durja. Kehampaan bukan beerti hilangnya seluruh harapan yang ada. Mungkin akan menjadi pengalaman berharga yang indah dikenang pada masa akan datang. Usah berduka dengan kesedihan kerana mungkin ia adalah pencetus idea yang baik untuk menggembirakan orang lain...



Khamis, 16 Mei 2013

Puisi untuk Cikgu




Cikgu... seperti dian
Tak lelah membakar
Tak penat menyinar

Cikgu... adakalanya ibarat tongkat
tempat kami berpapah
tatkala langkah masih pincang
tatkala baru mula bertatih


Cikgu... ibarat bunga
ilmunya mekar sepanjang waktu
tunjuk ajarnya harum mengisi kedewasaan
yang indah ku kenang 
sepanjang zaman

©Kamariah Osman 

Isnin, 6 Mei 2013

NIAT



وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب

القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - " إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله

ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه   متفق عليه




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Aku bukan lah pakar ilmu ulum hadis untuk menghuraikan hadis di atas secara jelas dan terperinci. Cuma bila tiba-tiba aku terjumpa potongan hadis ini sewaktu aku sekodeng blog orang lain, memori aku terus mengimbau zaman lampau beberapa belas tahun dahulu. Masa ni aku form 2, kelas 2 Hasan Al-Basri di sekolah tercinta Madrasah Al-Quran Waddin. Untuk tahun tersebut, hadis ini merupakan hadis ke-dua yang perlu kami hafal selepas hadis yeng menyebut tentang kewajipan menuntut ilmu. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kitab, termasuklah tiba terjemahan Matan Arba'in, hadis tentang niat diletakkan dalam bab paling awal sekali.


Betapa jelas, sudah terang lagi bersuluh, betapa pentingnya niat dalam amalan yang dilakukan setiap hari. Kadang kala kita merasakan apa yang diperjuangkan sudah betul. Tetapi tanpa disedari niat kita melencong  sedikit daripada konsep keikhlasan, Maka nantinya kepincangan bakal melanda perjalanan perjuangan itu dan bakal mengakibatkan ia berkesudahan dengan "TING TONG"!!!



Aku juga teringan ketika mengikuti Bengkel Penulisan Islamik bersama saudara Hilal Asyraf, beliau mengingatkan bahawa niat adalah teras. Ibarat teras yang mendasari sebuah bangunan. Biarpun tak dapat dilihat, namun ia penentu kekukuhan sesebuah bangunan. Kita tak pernah dengar orang kata "wah cantiknya teras bangunan itu". Sebaliknya yang sering dilafazkan ialah "cantiknya bangunan itu", "tingginya KLCC"

Tetapi apa yang bakal terjadi andai bangunan yang cantik dan tinggi itu, terasnya tidak kukuh, goyah dan lemah? Usahkan tunggu anak cucu kita lahir, mungkin tak sempat lagi kita menjejak usia tua, bangunan itu sudah jatuh kecepek sujud terdampat di bumi.


Maka, carilah masa untuk melakukan muhasabah terhadap diri dan tindakan kita sehari-hari yang didasari oleh niat. Perbetulkan niat jika ia tergelincir daripada prinsip keikhlasan dan matlamat utama yakni "LILLAHI TA'ALA"