Jumaat, 24 Mei 2013

Nota hati bakal penganggur


Mood aku pada pagi yang indah dan cerah ini ialah nak menghayati lagu ini banyak-banyak kali sampaikan roomate aku naik pelik apesal la aku asyik mengulang-ulang lagu yang sama berulang kali. hahaha maklumla tak lama lagikan aku bakal menjadi penganggur. Kini aku menanti saat itu tanpa rasa gundah, cuak ataupun risau seperti dulu-dulu. Aku cuma mengklasifikasi diriku sebagai penganggur dalam istilah seorang yang tidak memiliki atau dimiliki oleh majikan. Pada masa yang sama aku ada misi dan visi yang mahu dicapai. 

Jika dulu sewaktu aku hampir menamatkan pengajian peringkat diploma dan degree, aku sedih sangat nak meninggalkan zaman bergelar seorang pelajar. Sedih dan tak sanggup nak berpisah dengan sahabat-sahabat yang amat ku sayangi yang seringkali memeriahkan hari-hari yang kulalui. Sedih nak mengucapkan selamat tinggal kepada pensyarah-pensyarah yang saban hari tidak pernah jemu dan lelah mengajarkan ilmu, memberikan nasihat dan membekalkan banyak panduan yang berguna untuk aku mengharugi hidup pada hari-hari yang mendatang. 

Aku juga sedih untuk meninggalkan UniSZA tempat aku menuntut ilmu selama 7 tahun. Bayangkan sejak namanya masih KUSZA yang merupakan Kolej Kerajaan Negeri Terengganu sehinggalah bertukar menjadi universiti dengan nama UDM yang kemudiannya bertukar pula menjadi UniSZA. Aku menyaksikan perubahan era 3 zaman itu di UniSZA bersama beberapa orang sahabatku yang turut sama-sama tegar untuk terus berada di situ. Selain itu, aku juga gerun nak menghadapi dunia luar yang serba serbi berbeza. Aku bimbang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku. Aku malu bergelar seorang penganggur. 

Kini, saat itu juga bakal mendatangi ku untuk kesekian kalinya. Cuma kini perasaanku berbeza. Aku teruja. Tidak sabar-sabar walaupun aku tetap berasa sedih untuk berpisah dengan semua kawan-kawan yang ku kasihi dan sudah pasti aku bakal merindui tempatku menuntut ilmu. Walaupun hanya setahun setengah, tetapi tetap ada sesuatu yang bermakna untuk kukenang sepanjang zaman. Tetap ada kenangan indah yang akan menghiasi hari-hari yang bakal kulalui nanti.

Cuma aku rasa seperti tidak sabar-sabar untuk menamatkan semua ini. Tamatnya pengajianku di sini bermakna aku bakal tidak lagi bermastautin di rumah sewa ini dan semalam aku baru sahaja memperkatakan hal ini bersama supervisor ini. Bermakna tidak lama lagi aku juga bakal pencen daripada kerja Part Time ku sebagai RA. Maksudnya, apabila dissertasiku dah settle, aku pun dah jadi penganggur. Secara tersiratnya, aku akan ada lebih banyak masa untuk diriku sendiri. Inilah perkara yang amat kunanti selama ini.

Aku sudah tidak sabar untuk meluangkan setiap minit yang ada dengan kerja-kerja penulisan. Aku juga berazam untuk bergiat lebih aktif lagi dalam bidang ini. Aku mahu menterjemah segala angan-anganku selama ini menjadi realiti. InsyaAllah...Hidupku bakal bermula tidak lama lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan