وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب
القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - " إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله
ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه متفق عليه
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Aku bukan lah pakar ilmu ulum hadis untuk menghuraikan hadis di atas secara jelas dan terperinci. Cuma bila tiba-tiba aku terjumpa potongan hadis ini sewaktu aku sekodeng blog orang lain, memori aku terus mengimbau zaman lampau beberapa belas tahun dahulu. Masa ni aku form 2, kelas 2 Hasan Al-Basri di sekolah tercinta Madrasah Al-Quran Waddin. Untuk tahun tersebut, hadis ini merupakan hadis ke-dua yang perlu kami hafal selepas hadis yeng menyebut tentang kewajipan menuntut ilmu. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kitab, termasuklah tiba terjemahan Matan Arba'in, hadis tentang niat diletakkan dalam bab paling awal sekali.
Betapa jelas, sudah terang lagi bersuluh, betapa pentingnya niat dalam amalan yang dilakukan setiap hari. Kadang kala kita merasakan apa yang diperjuangkan sudah betul. Tetapi tanpa disedari niat kita melencong sedikit daripada konsep keikhlasan, Maka nantinya kepincangan bakal melanda perjalanan perjuangan itu dan bakal mengakibatkan ia berkesudahan dengan "TING TONG"!!!
Aku juga teringan ketika mengikuti Bengkel Penulisan Islamik bersama saudara Hilal Asyraf, beliau mengingatkan bahawa niat adalah teras. Ibarat teras yang mendasari sebuah bangunan. Biarpun tak dapat dilihat, namun ia penentu kekukuhan sesebuah bangunan. Kita tak pernah dengar orang kata "wah cantiknya teras bangunan itu". Sebaliknya yang sering dilafazkan ialah "cantiknya bangunan itu", "tingginya KLCC"
Tetapi apa yang bakal terjadi andai bangunan yang cantik dan tinggi itu, terasnya tidak kukuh, goyah dan lemah? Usahkan tunggu anak cucu kita lahir, mungkin tak sempat lagi kita menjejak usia tua, bangunan itu sudah jatuh kecepek sujud terdampat di bumi.
Maka, carilah masa untuk melakukan muhasabah terhadap diri dan tindakan kita sehari-hari yang didasari oleh niat. Perbetulkan niat jika ia tergelincir daripada prinsip keikhlasan dan matlamat utama yakni "LILLAHI TA'ALA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan