Sabtu, 15 Jun 2013

Menyemai dan menuai cinta dalam PENULISAN


Pada hari ini aku menghadiri satu lagi Bengkel Penulisan bersama Tuam Mohamad Zamri. Hajat di hati nak melebarkan sayap meneroka dunia penulisan dan menerobos pasaran yang lebih luas. Bengkel setengah hari yang ringkas tetapi sungguh padat sangat memberi input bermanfaat untuk masa depanku dalam jangka panjang. 

Sebenarnya aku pernah membeli buku karangan beliau berjudul "Caru Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas" pada tahun 2006 atau 2007 kalau tidak silap. Tetapi aku hanya sempat membaca semuanya pada tahun 2010, dan pada tahun Desember 2011 lahirlah karya pertamaku dalam majalah Fokus SPM. 

Bersyukur kerana dengan izin-Nya, maka aku telah berjayamengaplikasi ilmu yang terkandung dalam buku tersebut. Namun sedikit kesal kerana kalaulah aku berjaya membaca buku ini lebih awal, tentunya aku boleh bermula dengan lebih awal

Kata-kata beliau yang masih melekat dalam kepala ialah tentang kecantikan sosial "dipandang cantik melalui perkataan walaupun belum bertemu wajah"

Erm... Siapa kata Bahasa Melayu itu tidak seni, biarpun tak terlawan dengan tingginya nilai sastera Arab. Siapa bilang bahasa Melayu tidak indah? Walaupun tak akan pernah setanding dengan indahnya bahasa AlQuran.  

Tidak salah mempelajari bahasa lain yang merupakan sumber daripada pelbagai cabang ilmu, tetapi usah disebabkan kecetekan kita dalam mendalami bahasa ibunda, maka sesuka hati dan tanpa bukti kita mendakwa bahasa lain lebih indah, lebih seni dan bahasa Melayu itu mudah, senang dan simple

Wahhh tiba-tiba entry kali ini berlainan sekali topiknya. Sebenarnya aku sedikit tersinggung dengan kata-kata yang lahir dari seseorang yang amat aku kagumi dan sangat aku hormati ketika bertemu dengan beliau beberapa minggu lepas. 

Mungkin beliau tidak berlintas untuk memaksudkannya begitu. Namun sebagai orang yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium menyampaikan idea dan ilmu yang menjadi tunjang pendapatan bulananku, senyuman manisku bertukar kelat tatkala menelan kata-kata beliau ketika itu

Aku sendiri masih dalam ketegori BUTA terhadap sastera secara teori. Namun hatiku kian terpaut cinta untuk menikmati bait-bait tersusun yang menyampaikan maksud tersirat. Pasanan yang terselindung di sebalik aksara, menambat hati dan jiwaku secara praktikalnya.

Bagi aku, kita tidak boleh memandang enteng terhadap perkara yang kita tidak tahu secara mendalam tentangnya. Sila jangan pre-judgement, dan berfikirlah secara objektif. Dua patah perkataan yang sangat aku ingati. Perkataan yang keluar hari mulut Tuan Awang setiap kali mengajar ataupun memberi komen untuk subjek Investigation Technique. 

Hehehe entry hari ini agak panjang sebagai denda kerana semalam aku tidak sempat menulis sesuatu seperti mana yang telah dijanjikan kepada diri sendiri.Minggu depan bengkel selama dua hari bersama Hilal Asyraf pula akan menyusul. Maaaaakkkk proposal belum siap lagi. Yaa Allah permudahkanlah, berikan lah kekuatan yang lebih, ketabahan yang lebih, hindari hambaMu yang naif ini daripada kemalasan. 

Amin


5 Syaaban 1434 =14 June 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan