Ahad, 28 Julai 2013

Mood Happy


Ketika aku tension mengenang pembetulan dissertation yang bergelak sangat perlahan mengalahkan kura-kura, kaki aku melangkah pantas menuju ke PKNS, tempat paling senang aku nak pergi. Niat hati nak sekodeng kuih raya, baju raya atau apa-apa aje la yang berkait dengan raya. Tetiba mood aku terbantot sebab hari minggu, manusia ramai sangat. Akhirnya, niat nak usha baju raya terbatal dan aku hanya beli majalah (seperti gambar di atas), sabun muka dan perfume. 


Majalah Fokus SPM bulan ni memulihkan mood aku yang rasa macam nak mati ni. HEHEHE bukan sebab artikel aku jadi tajuk muka depan (EH keletulan plak bulan ni dia keluar muka depan). Tetapi apa yang membuat aku tersengeh macam kerang putus nyawa ialah apabila terbaca surat pembaca bernama Hamiza Adnan. Apelah sangatkan... tetapi bagi aku bermakna sekurang-kurangnya ini bermaksud apa yang aku tulis selama ini memberi input berguna kepada pembaca. Bukti bahawa apa yang aku lakukan selama ini tidak sia-sia. 


Alhamdulillah. Syukur kerana Dia Yang Maha Berkuasa telah mengizinkan jemari ini untuk terus mengetuk-ngetuk (EH bukan ketuk la, tekan slow2 je) di atas keyboard laptop buruk ini. Sesungguhnya segala kebaikan itu datang daripada-Nya dan segala kekurangan itu datang dari diriku yang serba dhoif  ini. 

Aku doakan adik Hamiza Adnan beroleh kebaikan daripada pembacaan bahan-bahan ilmiah. Tahniah, kerana ketika orang lain memilih untuk membaca sesuatu yang menghiburkan, tetapi adik memilih bahan ilmiah sebagai kudapan minda. Semoga berjaya mencapai cita-cita di dunia dan berbahagia di akhirat. 

2 ulasan:

  1. assalam..... saya tumpang gembira dgn apa yg tersiar... tahniah Mabruk... semoga Allah lanjutkan usia diberi kekuatan untuk terus berdakwah melalui mata pena.... sekali lagi tahniah

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam wbt...
    Syukran ustazah. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk melalui semua ini di bawah sinaran hidayah-Nya

    BalasPadam