ANDAI AKU ADALAH REMBULAN, IZINKAN AKU TERUS BERSINAR
"KAMARIAH OSMAN" begitulah nama yang tertera dalam surat beranak, kad pengenalan, kad matrix dan macam-macam kad dan suratlah, termasuk surat rasmi, surat tak rasmi, surat cinta... surat nikah sahaja yang masih belum ada.
Qamar dalam bahasa Arab bermaksud bulan. Ada ketika muncul sebagai anak bulan (hilal), adakala muncul terang benderang menerangi malam sebagai bulan purnama (badrun). Aku ialah Qamar yang biasa-biasa sahaja. Aku bukannya hilal yang kecil dan comel, bukan juga badrun, sang purnama yang megah sinarnya. Namun jauh disudut hati aku ingin menjadi Najmun (bintang) yang tak pernah jemu, tak pernah lelah, setia bersinar walaupun tatkala mentari gagah membahang disiang hari. Walaupun ketika itu sinarnya tak dipandang dan tak dihargai. Aku redho bahawa semuanya ada fungsi tersendiri mengikut sunnatullah agar alam ini berperanan seperti yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta
DI MANA BUMI KUPIJAK, DI SITU LANGIT KUJUNJUNG
Dilahirkan, dibesarkan, diremajakan dan dimatangkan di Negeri JOHOR yang tercinta. Kemudian, aku menjadi TUA di Negeri lain lantaran mendambakan titisan ilmu untuk menyirami kekontangan hati. Permulaan mengenali ABC, 123 di Sekolah Kebangsaan Senibong. Mendalami Faraid, Munakahat, Mua'malat, Tasauf dll ilmu ukhrawi di Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa. Jatuh cinta dengan Nahu dan Sorof, terpesona dengan keindahan Tasybih, Majaz dan Kinayah di sekolah tercinta Madrasah Al-Quran Waddin.
Kemudian, berjinak-jinak dengan kalkulator, UBS, lejer dan angka di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kemudian namanya bertukar menjadi UDM. Kini bergelar UniSZA pula. Harap-harap selepas ini jangan tukar nama lagi ya... Tika dan saat ini aku masih lagi bergelar penuntut ilmu di UiTM mengambil Master in Forensic Accounting & Financial Criminology. Selepas ini ke mana pula hendak ku bawa langkah ini?
MAKAN, TIDUR, MELANTAK, MEMBUTA...
MAKAN, TIDUR, MELANTAK, MEMBUTA...
Selain MAKAN dan TIDUR, aku suka membaca + membaca + membaca + membaca + MENULIS. Kenapa aku suka makan? makan menyalurkan tenaga yang menjadikan aku lebih kuat untuk terus berjuang. Kenapa aku suka membuta? Membuta buat aku relex dibuai mimpi dan memberi ruang kepada otak aku untuk berehat. Maka dari situlah pelbagai ilham akan bertandang mengetuk jendela idea.
Kenapa aku suka membaca + membaca + membaca + membaca + menulis? Kalo tak membaca macam mana nak menulis? Kenapa aku suka menulis erkkk? Menulis ibarat oksigen yang menghidupkan jiwaku, lantaran aku menulis dengan JIWA. Pen, pensil, laptop, kertas hanyalah wadah perantara untuk aku menyambung butir-butir kalimah menjadi untaian kata yang menyampaikan makna.
TENGKORAK LAMBANG PERJUANGAN, BUKAN KEGANASAN
Antara simbol, bentuk dan trademark yang aku gemari ialah TENGKORAK. Fuyyyyyoooo scary kan... Sebelum imaginasi negatif menerjah ruang fikiran, biar aku terangkan terlebih dahulu kenapa, mengapa dan apakah sebab-sebab dan alasannya. TENGKORAK... menggambarkan sesuatu yang dah mati. Apabila sesuatu jasat berpisah dari nyawa, maka proses pereputan pun berlaku secara perlahan-lahan. Apabila semua organ, BENDE-BENDE alah dalam badan dan luar badan dah reput, hancur dan bersatu dengan tanah, biasanya tulang-tulang rangka termasuk TENGKORAK masih utuh tidak terusik, tidak tergetus.
Oleh yang demikian, aku menganggap TENGKORAK adalah simbol. Bila ingat tengkorak, aku akan ingat slogan yang aku jadikan inspirasi untuk memotivasi diri agar tak tunduk dengan sebarang kritikan, tak mengalah dengan sebarang kutukan, tak gentar dengan sebarang ugutan, cacian, makian ... bla...bla...bla...
"PERJUANGAN HINGGA KE AKHIR HAYAT"
"BERJUANGLAH SEHINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR DAN BERUSAHALAH SEHINGGA KE TITISAN KERINGAT YANG TERAKHIR"
INSPIRASI HATIKU
Aku terinspirasi dengan watak ZAINUDIN dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck hasil karya Pak Hamka, watak Ayatul Husna dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih hasil tulisan Kang Abik... Berbekal rasa minat yang terbit dalam diri aku sejak kecil lagi, aku nekad dan aku berazam untuk memasuki dunia penulisan walaupun latar belakang pendidikan aku jauh berbeza.
DI SINI LANGKAHKU BERMULA
Blog ini adalah permulaan atau Mubtada' untuk aku memaknakan cintaku terhadap dunia penulisan. Semoga setiap bait kata-kata yang aku nukilkan, membawa kebaikan dan inspirasi kepada insan lain dalam rentetan menuju kejayaan. Kerana itulah aku menamakan blog ini sebagai "Mubtada' Sebuah Kejayaan".
Kenapa aku meminjam perkataan Arab (Mubtada')? Ketika aku belajar Nahu pada zaman persekolahan lebih sedekat yang lalu, Ustazah kata aku kata, "Jumlah Ismiyyah perlu didahulukan dengan mubtada' pada setiap permulaan ayat." Maka aku mengambil perkataan Mubtada' yang menunjukkan simbolik kepada langkah pertama untuk manusia memulakan sesuatu sama ada mahu mencapai kejayaan dalam pelajaran, perniagaan, permulaan sebuah perubahan yang baik dan sebagainya. Secara peribadi, aku gunakan kalimah mubtada' sebagai simbolik ketika aku mahu memulakan sesuatu karya.
TREVELOG HIDUPKU MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN
Selama aku menuntut ilmu sejak kanak-kanak rebina berusia 7 tahun sehingga tua seperti hari ini, pelbagai fasa kehidupan berbeza dan perubahan demi perubahan yang telah dilalui. Ada yang best, ada yang sedih. Ada yang baik, ada yang buruk. Ada yang dapat kufahami dengan jelas seperti lafaz soreh yang ku pelajari dalam subjek Balaghah di sekolah dulu... ada juga yang mengelirukan dan masih tak kutemui jawapan sehingga hari ini ibarat majaz dan kinayah yg pernah kupelajari. Barangkali tafsiran secara logika masih tidak mencukup untuk mentafsir maksud yang tersirat disebalik zahir yang tersurat.
assalam,anaknada Kamariah, penulisan ialah proses mengeluarkan idea dari idea yg diperoleh, syukurlah kerana menerima anugerah ini lebih awal dari saya, dengan penulisan tu ia menjadi proses lain untukmendapat idea yg lain, idea yg datang semuanya ilham dari Allah yg diolah oleh akal, dengan yg demikian kita wajib membimbing akal kita ke arah kebaikan agar ia kekal sihat, dinamik, dan proaktif, Sesungguhnya bacaan terbaik di dunia ini al-Quran, kerana jiwa yg lahir dari jiwa al-Quran tidak akan dapat dibeli di kedai....
BalasPadamteruskan menulis, , jgn takut org tak baca, kita bukan menulis kerna nama, kita menulis kerana kita nak menulis....menulislah kerana Allah, kalau ia baik utk org lain , kita turut mendapat tempiasnya mudah2an....
salam sayang...
Waalaikumussalam w.b.t Ustazah
BalasPadamTerima kasih atas nasihat, bimbingan dan dorongan yang ustazah berikan. walaupun ringkas, tetapi significant sebagai pedoman hidup pada masa yang akan datang. Sejak saya mengenali ustazah pada tahun 1999 sehingga hari ini banyak pengajaran yang saya dapat. Bukan sekadar ilmu yang terkandung dalam silibus pelajaran sahaja. Guru-guru, Ustaz dan Ustazah yang lain juga tiada kurangnya dalam memberi didikan. Syukur alhamdulillah kerana kerana Allah mengiznkan kita bertemu sekali lagi. Insyaallah saya akan cuba untuk menyebarkan kebaikan sambil memperbaiki diri yang masih banyak kekurangan.