Jumaat, 17 Mei 2013

Dendam bukan solusi


Dulu zaman aku kecik-kecik kalau aku  rasa bengkek dengan sesiapa, aku akan pastikan muka dia akan jadi bengkak jugak. Kalau tak bengkak, lebam pon jadilah. Pendek kata segala kegeraman akan berakhir dengan aksi ala-ala gelanggang wrestling WWE, dulu dikenali dengan nama WWF.

Tetapi tak semua perlawanan itu berakhir dengan kemenangan. Aku sangat puas hati kalau hayunan tangan dan kaki aku berakhir dengan tangisan si mangsa. Tetapi rasa happy tu tak lama pun. Sebab kebiasaannya si mangsa yang tak cukup berani tu akan mengadu kat abang-abang mereka yang lebih taiko, lebih besar dan lebih gagah dari aku. 

Beberapa minit kemudian kegirangan aku akan berahir dengan kesakitan yang amat sangat. Bukan badan je yang sakit, hati lagi sakit... Dah lah kene tibai dengan orang yang lagi besar dari aku. Dah lah dengan hinanya aku kalah tanpa sempat melepaskan beberapa tumbukan maut. Dah lah geram sebab flying kick yang aku buat, sume dielak dan ditepis. Hati lagi lah sengsara sebab terpaksa menelan segala ugutan, amarah dan pedihnya erti sebuah kekalahan...

Apa yang boleh aku kata... membalas dendam bukan jalan peyelesaian yang berkesan. Ia hanya pencetus kepada masalah yang lebih besar dan memulakan api permusuhan. Penumbuk bukan tindakan tepat untuk menegakkan kebenaran. Penerajang bukan pilihan terbaik untuk mendapatkan kehormatan, penampar bukan terapi untu mengubat rasa kecewa.

Jadilah manusia yang sentiasa menyebarkan kebaikan daripada keburukan yang dilakukan ke atasnya. jadilah manusia yang mencetuskan kegembiraan walaupun hatinya sedang kecewa. Kelukaan bukan alasan untuk kita terus bermuram durja. Kehampaan bukan beerti hilangnya seluruh harapan yang ada. Mungkin akan menjadi pengalaman berharga yang indah dikenang pada masa akan datang. Usah berduka dengan kesedihan kerana mungkin ia adalah pencetus idea yang baik untuk menggembirakan orang lain...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan