Ahad, 23 Jun 2013

Bengkel Realiti Penulisan Novel Islami

Tiada kata secantik bahasa
Tiada ungkapan seindah Alhamdulillah
Nak ku gambarkan rasa syukur kepada-Nya



Aku telah menyertai Bengkel Realiti Penulisan Novel Islami bersama Hilal aysraf yang bertempat di Hoter DePalma, Shah Alam pada 22-23 Jun. Sebagai persediaan menghadapi menghadiri bengkel ini, kami diminta menyiapkan proposal yang mana sinopsisnya bakal dibentangkan dihadapan penal.

Seminggu sebelum bengkel ini, aku dihujani dengan semua tugasan yang perlu disiapkan secepat mungkin. Paper untuk seminar di Bangkok, menanda kertas ujian dan assignment student, dan customer ku yang memerlukan perkhidmatan pada saat-saat akhir. Maka, aku hanya sempat membuat proposalku secara serius pada 21 Jun yakni sehari sebelum bengkel berlangsung. Ya Allah menyesalnya aku buat last minit. Kesalnya aku tidak berusaha mencilok masa ditengah-tengah kesibukan. 

Terlintas dalam hatiku untuk menarik diri dan tidak jadi menghadiri bengkel ini memandangkan banyak lagi kerja-kerja yang boleh aku siapkan pada hari Sabtu dan Ahad. Aku perlu menyempurnakan 3 lagi paper untuk publication. Literature Review untuk research berkenaan Integrity in Education juga perlu kusiapkan sebelum boss ku pulang dari Bangkok 26 Jun ini.



Tetapi aku sudah membayar wang deposit sebanyak RM200. Satu lagi, aku telah menolak ajakan boss untuk turut serta bersama beliau menghadiri conference di Bangkok. kalau sejak awal lagi aku tak mahu menyertai bengkel ini, lebih baik aku mengikut beliau ke Bangkok. Boleh jalan-jalan melihat negara orang, mana tahu untung-untung, datang ilham yang mencurah-curah bak air bah.

Sekali ku melangkah, biar kuteruskan. Biarlah tempang, biarlah langkahku pincang, tidak aku menoleh ke belakang. Pantang aku mundur, pantang aku menyerah. Akhirnya ketika kalut dan kelam kabut, aku gagahkan diri menghadirkan diri ke bengkel itu dengan persiapan yang serba cincai. Dalam hati aku berdoa, Ya Allah bantulah aku, andai ini jalan untuk aku berbakti kepada agamaMu, maka berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang dhoif ini.

Alhamdulillah, aku sihat sepanjang bengkel walaupun semua ubat tertinggal kecuali minyak cap kapak. Babak yang mendebarkan dalam bengkel ini ialah pada malam Sabtu kami diminta membentangkan karya masing-masing dan mereka akan mencantas segala kekurangan. Rakan-rakan dikalangan peserta juga diberi peluang untuk bertanya atau memberi komen.



Segala komen yang kami telan pada malam itu perlu diambilkira dan dijadikan panduan untuk memperbaiki sebelum ia dibentangkan sekali lagi pada esok hari (23 Jun) di hadapan penal yang akan memutuskan sama ada reject atau accept. Pehhh dua perkataan ini mengingatkan aku kepada software SPSS. reject null hypothesis jika P value significant, dan accept null hypothesis jika P value tidak significant. Tapi dalam bengkel ini, tiada hypothesis, ceh macam dissertation la pulak. Aku bayangkan bengkel ini seolah-olah program realiti TV, cuma mujurlah ia tidak tersiar dalam TV hehehe...


Eh, apa pula yang aku melalut ni? Yelah walaupun presentation ini tidaklah sangat menggerunkan seperti presentation dalam moot court di hadapan Tuan Awang, Prof Syed Noh dan Prof Rohana seperti subjek Investigation Technique, tiada evidence yang perlu disispkan, tiada element of offence yang perlu difikirkan dan tidak perlu nak merujuk kepada mana-mana akta. Malah hanya memerlukan keaktifan otak kanan...Tetapi, bagi aku ini adalah yang terpenting dalam hidupku kerana ia bakal menentukan masa depan aku dalam arena penulisan. Kerana itulah aku rasa berdebar, namun aku enjoy sebab aku membentangkan sesuatu yang amat aku sukai dan tersangat aku minati.



Diringkaskan cerita, Alhamdulillah aku diterima dan Galeri Ilmu bersedia menerbitkan manuskrip novel ku. Dan... aku dicadangkan agar menyiapkan manuskrip yang lengkap pada 23 September 2013. Semoga aku dikurniakan nafas yang cukup untuk melaksanakan amanah ini. Oh ya, syukur alhamdulillah kerana Allah telah menggerakkan hati insan-insan berhati mulia dari Galeri ilmu untuk membantu  aku yang dhoif dan serba tidak tahu ni. Melalui tunjuk ajarnya, aku memperbaiki kesilapan, kelemahan dan kecelaruan yang wujud pada presentation malam tadi. Aku harap ukhuwah ini akan terus terjalin dalam jalan menyebarkan dakwah melalui penulisan.  Semoga segala urusan juga dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Semoga semua rakan-rakan penulis seramai 15 orang yang berkampung, eh silap... bukan berkampung, tetapi berhotel di sini selama dua hari satu malam juga berjaya dalam cabang dan kecenderungan masing-masing. Apa yang aku rasakan ialah jalinan persaudaraan yang akrab walaupun baru berkenalan. Gembira dan syukur kerana bertemu dengan sahabat-sahabat yang sama minat dan cita-cita. Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat, Amin...

4 ulasan:

  1. InsyaAllah... Awak pun boleh jika ada minat dan semangat. Bakat boleh digilap :)
    Saya pun masih baru

    BalasPadam
  2. seronoknya membaca entri ini....
    tahniah..tahniah..tahniah...
    tak terucap rasanya rasa gembira ini melihat kejayaan demi kejayaan sedang mengiringi sebuah perjalanan....
    semoga anakanda terus dibantu dan diberi hidayah mengalirkan dakwat2 dakwah di bawah lembayung iman...dunia penulisan bukan boleh dibuat2..bukan juga dipetik dibeli dari mana2..
    ianya anugerah Ilahi yg Allah atur seiring dengan bakat yg dimiliki..
    selamat menyusuri terus di jalan lurus dengan keikhlasan penuh tulus...

    BalasPadam
  3. syukran ustazah, selama ini selalu menyokong dan menasihati saya

    BalasPadam