Esok Isnin datang lagi, hari yang sangat tidak menyeronokkan bagi orang-orang yang bekerja kecuali jika mereka benar-benar menyintai apa yang mereka lakukan. Ketika aku menjalani latihan industry 3 tahun lalu, hari Isnin adalah hari kemurungan. Takut, seram dan gerun bila mengenangkan banyak company yang failnya masih terbengkalai menanti untuk diaudit.
Itu semua kenangan. Diam tak diam dah lama semua itu aku jalani. Aku sangat-sangat tidak mahu mengulangi kehidupan seperti itu lagi. Takoooootttttt. Stressssssssss!!!
Apa ya senarai yang mesti aku lakukan esok?
- Tambah LR untuk conference hujung bulan ini
- Sempurnakan report ICGI yang asyik tertunda sejak dahulu
- Berjumpa dengan Evelyn pada jam 1 tengahari untuk mendapatkan dissertasi yang sudah siap diedit. Perkemaskan apa yang patut sebelum print, binding dan submit :)
Erm setakat ni itu sahaja. tak tahulah kalau tiba-tiba ada pula kerja baru yang menyusul. Semoga aku dapat melaksanakan segala tugasan dengan jayanya :)
30 Rejab=9 Jun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan