Happy sebab hari ni ramai plak classmate yang datang UiTM sebab urusan thesis masing-masing. Dapat jugak melepas rindu walaupun seketika. Sebab lain yang membuatkan aku happy, ceria dan tenang ialah pada hari ini aku tak terserempak dengan budak psiko yang seringkali menyebabkan produtiviti aku merosot. Hari ini aku aman tanpa gangguan, biarpun rasa macam mabuk kepayang mengadap dan mengedit dissertation.
Tetapi nanti mesti sunyi sepi bila semua dissertation dah settle dan aku pula masih di sini meneruskan tugasku sebagai RA. Waaahhhh bosannya... Selama ini pun aku dah cukup terseksa dengan kebosanan dan kejemuan. Jemu kerana asyik tengok research yang sama walaupun diselang seli dengan kerja-kerja sebagai RA dan bahan-bahan penulisanku yang lain.
Ya lah, frust pun ade la jugak sikit. Saper yang tak bengkek kan. Aku mengharap kehadiran seorang insan, tetapi yang muncul ialah seorang makhluk yang sangat psiko. Sedangkan orang yang aku tunggu, masih tak kunjung tiba.
Apa pun, aku pasrah dan redha jika kerinduan ini tidak berakhir dengan pertemuan. Mungkin ini adalah lebih baik. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Dari kejauhan aku doakan kejayaan dan kebahagiannya. Semoga ukhuwah ini kekal selamanya dalam redho Ilahi.
2 Syaaban 1434 =11 June 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan