Nombor yang ada banyak-banyak sampai ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu, million, billion, trilion dan sehingga tak terhitung... Semuanya tetap bermula dengan nombor yang PERTAMA yakni SATU.
Segalanya bermula dengan langkah pertama. Jika tiada yang pertama, maka tidak akan ada langkah-langkah yang seterusnya. Tetapi sebelum bermulanya langkah pertama kita ada satu proses yang disebut PRA-LANGKAH. Hahahahaha kalau istilah ini tidak ditemui dalam Kamus Dewan, jangan marah ye. Apa yang penting, korang faham apa yang dimaksudkan. Ala... diringkaskan kata-kata sebelum kita memulakan sesuatu kerja, sesuatu tugas, sesuatu aktiviti sudah tentu kita akan membuat KEPUTUSAN terlebih dahulu. Itulah pra-langkah yang dimaksudkan.
Ramai yang sedia maklum betapa pentingnya KEPUTUSAN yang diambil. Mungkin disebabkan itu, ramai yang tidak BERANI membuat keputusan. Kerana mereka bimbang tersilap langkah. Lalu, ramai dikalangan kita yang membiarkan orang lain membuat keputusan untuk diri dan masa depan mereka. Adakah mereka gembira, bahagia dan benar-benar puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh orang lain???
Sebenarnya kehidupan ini sangat subjektif. Membuat keputusan untuk masa depan dan kehidupan tidak sama seperti menhitamkan kertas OMR untuk menjawab soalan objektif dalam peperiksaan. Kalau jawab A, jawapan adalah BETUL dan markah akan diberikan. Kalau jawab B, C,D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y atau Z... Jawapan adalah SALAH, maka tiada markah akan diberikan!!!
Konsep kehidupan sangat berbeza. Apa yang penting, kita mesti BERANI memutuskan sesuatu hal atu isu dengan yakin tanpa ragu-ragu. Tiada istilah betul ataupun salah. Seterusnya menghadapi segala kesan atau risiko yang terhasil daripada keputusan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan berani tanpa sebarang penyesalan. Selesaikanlah apa jua masalah yang timbul dengan kreatif, inovatif dan jangan sekali-kali lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Pencipta agar setiap tindakan yang kita lakukan tidak terpesong dari jalan dan syariat-Nya.
Tidak salah bertanya pendapat daripada orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, tetapi keputusan tetap ditangan TUAN BADAN. Kerana kitalah yang yang benar-benar mengenal siapakah diri kita, apakah yang benar-benar kita ingini dalam hidup dan apa yang terbaik untuk diri dan masa depan kita sendiri. Apa-apa yang terbaik secara umum atau apa-apa yang terbaik untuk orang lain, tidak beerti ia juga terbaik untuk diri dan masa depan kita.
Andainya kita masih ragu-ragu, minta tolonglah kepada DIA yang mencipta langit dan bumi. BerISTIKHOROHlah dan mohonlah petunjuk daripada-Nya Yang Maha Mengetahui. Apabila kita diuji selepas itu, kita akan menjadi lebih bersemangat, lebih tabah, hati menjadi lebih cekal dan mantap. Biarpun ribut, taufan, tsunami, gunung berapi atu gempa bumi melanda, jiwa tetap berasa teguh dan mantap. Tidak tergetus, tidak tergoyah oleh apapun jua rintangan dan cabaran yang datang. Ini kerana kita telah termotivasi bahawa keputusan yang diambil berpandukan panduan dorongan yang ditunjukkan oleh Allah Azza a Jalla Tuhan Pencipta sekalian alam melalui petunjuk dan gerak hati. Dengan izin dan kehendak-Nya, Segala masalah pasti ada jalan penyelesainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan