Ahad, 13 Januari 2013

Belajar Penuh Gaya - Fokus SPM


ßôJysø9$# ¬! Å_Uu šúüÏJn=»yèø9$#   
Syukur kepadaMu Yaa Rabb… Terasa semangat yang selama ini suam-suam kuku, membuak-buak melimpah ruah. Biarpun aku tidak melompat macam kanak-kanak rebina, namun aura kegembiraan menyirami dan memenuhi rongga-rongga hati. Lantas menguatkan lagi keazaman ini. Rasa puas dan berbaloi apabila aku menyedari bahawa ada insan yang memperoleh manfaat daripada usaha ku selama ini. Semoga Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi rahmat dan keberkatan terhadap hasil usaha ku ini. Yaa Rabb, bantulah hamba-Mu untuk menyebarkan kebaikan...

Sudah lebih setahun aku menyumbang karya untuk majalah Fokus SPM. Artikel pertamaku tersiar pada Disember 2011 dalam ruangan yang diberi nama "Belajar Penuh Gaya". Terima kasih kepada Tuan Editor Majalah Fokus SPM, Muhd Azman Bin Mohd Nawi kerana memberi peluang untuk berkarya. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup anda. 

Aku berjanji akan sentiasa berusaha untuk menyajikan yang terbaik untuk PEMBACA sekalian:)


Aku akan SENTIASA menulis dan TERUS menulis, kerana menulis adalah oksigen yang memastikan keberlangsungan hidupku. Andainya aku berhenti menulis, maknanya aku mengambilkan keputusan untuk berhenti bernafas dan TAMATnya riwayat seorang "AKU"

1 ulasan:

  1. tahniah anakku....sesungguhnya tulisan itu sebahagian dari perasaan, janganlah kita berbangga dengan akal, kerana tanpa DIA...siapalah kita....
    semoga terus bersinar.....

    BalasPadam