Harapnya lepas ni xde la paper lain yang kne amik, selain daripada dissertation yang perlu di'settlekan' secepat mungkin. Tapi andainya aku memang dah layak kene repeat, kecik tapak tangan tapak kaki aku tadahkan. Aku terima segalanya sebagai learning process yang akan memantapkan dan mematangkan lagi diri aku yang belom cukup matang ni kan...
Sehari sebelum exam memang menakutkan... 9 artikel yang menanti untuk dibaca. Tapi yang sempat aku baca 5 jek kot. Itupun tak berapa nak hadam dalam kepala hotak. Yang betol-betol aku expert cuma tang e-government jek. Itu belom kira lagi aku terkial-kial menyiapkan asignment TAX yang sememangnya 'kiok'. Ditambah plak dengan persiapan untuk presentation. 3 in 1 beb. Macam shampoo 3 in 1 la plak.
Settle presentation, terasa ringan tengkorak aku. Walaupun terpaksa buat beberapa correction dalam report dan perlu dihantar pada hari RABU. biarkan dulu... yang penting aku perlu menuju ke Salak Selatan sebab nak check in free bermalam di rumah sahabat aku FIDA. Rasa excited sebab pagi 19hb (arini la) aku akan menghadiri Bengkel Penulisan bersama Hilal Asyraf. Alhamdulillah. banyak ilmu baru yang bermanfaat dapat aku kutip sepanjang bengkel ni. Memang berbaloi-baloi la aku berkorban masa dan kepenatan.
ok sepanjang hari sabtu aku melakukan aktiviti yang aku suka; menghadiri bengkel penulisan, berjalan-jalan cuci mata dengan best friend (FIDA), walaupun tak dapat shopping banyak benda sebab dua-dua kaum hawa ni belom terima gaji :(, makan-makan, update blog sambil tgk TV, dan yang paling BEST ialah BACA NOVEL setelah sekian lama aku tertunggu-tunggu. selama ni otak aku kenyang dengan journal & article jek. kalo la otak aku reti muntah, mesti da melimpah-limpah dalam tengkorak ni kan...
Esok aku akan kembali ke RUMAH SEWA nak buat apa-apa yang patut untuk correction report PSA. Cari journal untuk BOSS yang merangkap supervisor untuk dissertation. huhuhu gerun bila teringat pasal dissertation. Isnin dah start keje setelah sekian lama aku bercuti sebab nak exam. Opppsss kene buat artikel untuk bulan depan sebelom Tuan Editor hantar SMS rindu kat artikel aku
Erm inilah jalan hidup yang aku pilih. Aku perlu menghadirkan CINTA terhadap semua perkara di atas dan menikmati segala aktiviti tersebut dengan perasaan gembira & teruja :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan