Blog ini tidak menjamu anda secangkir kopi mahupun sepiring kuih muih. Sekadar sepotong ayat motivasi sebagai hidangan jiwa dan santapan minda.
Sabtu, 19 Januari 2013
Aku perlu SEORANG SAHABAT
Entry yang ini aku create sebagai sambungan yang akan memperjelaskan lagi entry sebelum ini yang bertajuk "3 in 1". Ya la beb dengan kekangan masa yang tidak pernah menunggu manusia yang sering alpa dalam pesona dunia, aku tersepit dalam beberapa bebanan tugas yang wajib dilaksanakan sebagai seorang PENUNTUT ILMU. Tak dapat dinafikan ada waktunya aku rasa HANGIN, TENSION, STRESS, SERABUT, SEDIH ... bla... bla... bla...
Dulu aku fikir, aku ialah iron woman yang cukup gagah menghadapi segala rasa tertekan dan mampu tersenyum dalam apa jua keadaan. Aku selalu yakin bahawa airmata aku terlalu mahal untuk dibazirkan dalam perkara-perkara remeh. Aku sangka aku mampu memujuk hati sendiri memotivasikan diri sendiri dengan efektif.
Tetapi aku LUPA (mungkin aku ada terminum air perisa semut secara tak sengaja) bahawa manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Aku lupa akan SIRAH Rasullullah bahawa dalam memperjuangkan Islam, baginda juga ada beberapa orang sahabat setia yang saling menyokong dan membantu.
YA... saat-saat macam ni la aku sangat memerlukan pengertian dan perhatian dari insan yang bernama SAHABAT dan SAUDARA (sebab kita seagama). Seungkai ayat mampu menenangkan jiwa. Biarpun sekadar sepotong ayat ringkas ucapan "good luck" berjaya mengembalikan semangatku... Terima kasih sahabatku atas segalanya. Pertolongan, bantuan, kerjasama, semangat dan komitmen yang kau berikan akan aku kenang selama-lamanya. Syukur kepadaMu Yaa Allah kerana mentakdirkan aku mengenali dirinya, Segala puji bagiMu Yaa Rabb kerana mengutuskan dia dalam hidupku pada saat yang tepat. Sekira Kau datangkan dia lebih awal, tentu aku tidak akan menghargai kewujudannya. Semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya sehingga ke Syurga. Ya Allah kau Rahmatilah dan Berkatilah ukhuwah dan persahabatan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan