Selasa, 22 Januari 2013

Kasihanilah OTAK anda

Tatkala aku leka + asyik + khusyu' sekodeng post-post baru yang tertera dalam wall FB, tetiba ternampak la plak gambar yang telah dikongsi oleh seorang member. 10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK. Apakah perkara tersebut? Korang baca la kat bawah tu yerk. 

Secara sengaja mahupun tidak sengaja, kita atau diri aku sendiri selalu buat sebahagian daripada perkara-perkara berikut. erm... Agaknya sebab tu la bila dengar lecture kepala hotak terasa berat semacam jek. Seolah-olah ade batu nisan di dalam tengkorak HAHAHA...

Anyway, aku tertarik dengan fakta no 8: "BERIMAGINASI". Kita selalu keliru nak membezakan antara berangan dan berimaginasi. Seperti mana sukarnya auditor nak membezakan antara "fraud" dan "error", sebagaimana seksanya IRB nak kenal pasti yang mana satu "tax evasion", yang mana satu "tax avoidance". Oppssss ni da borak pasal audit & tax la plak. aritu exam tax, nak pitam aku tgk soklan. Lepas exam berlagak plak cakap pasal tax evasion, tax avoidance, wilful default  bagai... 

Untuk sahabat-sahabat PENULIS sekalian, bergembiralah kerana anda sentiasa berimaginasi untuk menghasilkan karya yang bermutu. Tidak kiralah sama ada untuk penulisan Kreatif atau penulisan artikel yang berbentuk fakta. Uittt saper kata tulis artikel tak perlu imaginasi? Cuma tahap imaginasinya tidak lah terlalu jauh dan tinggi, hingga sampai ke kayangan kan kan kan

Aku juga ingin menyampaikan pesan kepada sahabat-sahabat sekalian, sayangilah dan jagalah kesihatan otak anda. Kepada rakan-rakan yang tengah pening-pening lalat memikirkan dissertation, berbahagialah kerana anda sedang terkecuali daripada ciri No 9 :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan