Khamis, 24 Januari 2013

Aku, Kau & Masalah


Setiap makhluk ciptaan Allah yang masih hidup dan bernafas di atas muka bumi ini tidak akan dapat lari daripada sesuatu yang dipanggil sebagai MASALAH. Setiap manusia mempunya sikap yang berbeza apabila berdepan dengan masalah. 

Ada manusia yang menganggap serangan wabak atau penyakit adalah sesuatu yang amat menakutkan. Lantas mereka hidup dalam ketakutan dan dirundung duka. Tetapi ada juga manusia yang merebut peluang daripada masalah tersebut. Mereka mencipta ubat untuk menentang wabak, mengkaji dan menulis tips kepada orang ramai agar tidak terkena jangkitan. Semangat mereka tidak terkalah oleh masalah. Bahkan mereka mampu membuka jalan kemudahan kepada orang lain.

Apabila manusia memulakan sesuatu usaha. Mungkin ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mengeji, mengkrikitan dengan butir kata seumpama peluru yang mampu mematikan semangat dan keazaman. Lantaran kritikan itu, ada manusia yang putus asa, terus mangalah dan berasa diri tidak berguna. Lalu mereka tidak memutuskan untuk berhenti berusaha dengan harapan dapat menghentikan kritikan, cacian dan kejian yang datang tak kunjung tiba. Tetapi benarkah kritikan itu akan hilang semudah angin lalu?

Ada juga manusia yang menebalkan teliga untuk tidak menghiraukannya, mengeraskan hati untuk tidak goyah dan melembutkan minda agar sentiasa terbuka untuk sentiasa memperbaiki diri secara konsisten. Anda sendiri boleh mengagak orang bagaimana yang lebih berjaya dan berbahagia...

Bersikap dan bertindaklah sewajarnya terhadap masalah yang datang. Bertindaklah sebagai seorang yang berani dan hebat, bukan seperti seorang yang penakut dan bacul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan