Sabtu, 8 Februari 2014

Apa itu GADIS KOMIK?


Ramai juga yang bertanya, "Gadis Komik ini, bentuknya bagaimana? Adakah hanya dipenuhi dengan komik sahaja?"

Jawapannya, "Bukan begitu. Novel Gadis Komik ada dua-dua. Ada novel dan dibelakangnya ada komik. Jika anda membaca novel Budak Komik atau Budak U karya Khairy Tajudin, begitulah rupanya."

Bagi yang malas nak membaca cerita panjang-panjang, silakan baca dahulu komiknya. Selepas itu, apabila ingin tahu secara terperinci, sila selak halaman depan untuk menelaah novelnya pula.

Insya-Allah... Ada ayat yang menggeletek jiwa. Ada adegan yang mencuit rasa. Sehingga membuat anda ingin tertawa. Tetapi... AWAS! Kepada yang ingin 'control macho' atau 'mengekalkan keayuan', usah dibaca di tempat awan. Nanti bimbang dituduh kurang siuman sebab ketawa tak tentu pasal.

Insya-Allah... Andai tiada halangan, novel terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd ini akan menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April nanti. Sebarang infomasi terkini akan saya uar-uarkan 

SALAM CERIA. Senyum-senyum selalu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan