Ahad, 27 Januari 2013

29 Arabic Life Tips ~ Arabic proverbs


 Copy + Paste from: www.flowingevents.com

1• Words of wisdom comes out of simple people mouths.
2• Winds blow counter to what ships desire.
3• While the word is yet unspoken, you are master of it; when once it is spoken, it is master of you.
4• Wherever you go, the sky is the same colour.
5• When you cannot bite a hand, kiss it.
6• When you are dead, your sisters tears will dry as time goes on, your widows tears will cease in another's arms, but your mother will mourn you until she dies.
7• Two watermelons cannot be carried in one hand.
8• Trust in God, but tie your camel.
9• Time is made of gold.
10• Throw a resourceful person into a river, and he will probably come out with a fish in his hand.
11• They whom got shy, died.
12• The white penny will become useful in your dark days.
13• The purest people are the ones with good manners.
14• The best place in the world is on the back of a horse, and the best thing to do in time is to read a book.
15• Stupidity is a disease without a medicine.
16• Self-praise is like chewing cotton wool.
17• If your house is of glass, don't throw rocks at others.
18• If you hear a person talking good about things that aren't in you, don't be sure that he wouldn't also say bad things about things that aren't in you.
19• If you are to hit then make it painful, because you'll get one blame either ways.
20• Avoid what will require an apology.
21• All strangers are relations to each other.
22• If destiny does not fit you, fit yourself to destiny.
23• If a wind blows, ride it.
24• Money finds money, water finds the puddle.
25• The best answer comes from the man who isn't angry.
26• Four things come not back -- the spoken word, the sped arrow, the past life, and the neglected opportunity.
27• Luck in the sky and brains in the ground.
28• The person who predicts the future is lying, even when he is right.
29• Take wisdom from the wise - not everyone who rides a horse is a jockey.

Sabtu, 26 Januari 2013

Motivation + Friendship


Mesti ramai yang nak comment + condemn kan. apesal blog motivasi tapi ade terselit entry pasal kawan, sahabat... ape, penulis blog ni dah tak reti nak beza antara "kawan" dan "motivasi" ke?

Relex dulu...jangan marah beb. kesian kat aku yang baru nak bernyawa ni. hehhehe. Sedar ataupun tidak, KAWAN dan SAHABAT memainkan peranan yang sangat significant dalam hidup kita. 

Kawan yang baik tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan motivasi ketika kita melakukan kebaikan. Kawan adalah sumber kekuatan yang memberi inspirasi setiap detik dalam kehidupan ini



"A friend is like a flower
a rose to be exact

Or maybe like a brand new gate
that never comes unlatched.


A friend is like an owl
both beautiful and wise.


Or perhaps a friend is like a ghost
whose spirit never dies.


A friend is like a heart that goes
strong until the end.


Where would we be in this world
if we didn't have a friend."


 ~By Emma Guest

Untuk semua "SAHABAT-SAHABAT" ku

Sejak meninggalkan sekolah, dah lame giler aku tak menghayati ilmu Balaghah, menyelami kiasan dan sindiran yang bersembunyi dan terselit disebalik "Kinayah" dan "Majaz". Sekian lama aku tak lagi memaksa otak kanan mendasari maksud puisi-puisi yang tertulis dalam kitab "Adab A'rabi". Sejak habis SMA, memang dah tutup kitab. 

Tetiba hari ni aku rasa rindu terhadap keindahan sastera Arab yang adakalanya tertalu tinggi sampai aku tak faham "apa yang dia nak cakap" sebenarnya, walaupun dah jenuh aku selak Kamus Marbawi dengan harapan aku akan memperoleh pengertian untuk memahami maknawi yang tersirat disebalik majazi yang tersurat...

Pagi ni aku happy sgt sbb tetiba aku terjumpa satu Arabic Poem yang sangat straight to the point dan siap ade english translation lagi beb. Maka aku pun copy + paste sebagai dedikasi buat semua pembaca & sahabatku sekalian. Maudhu' atau tajuk poem ini ialah الصديق الحقيقي = the true friend = sahabat sejati 



.. فمن هو .:::.. الصديق الحقيقي ..:::. وهل يوجد صديق في هذا الزمان ..
Who is he...the true friend...and does such a friend exist in this time

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الصديق الذي تكون معه, كما تكون وحدك اي هو الانسان الذي تعتبره بمثابة نفسك
He is the one that you act like yourself around, he is the person that you consider like yourself

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يقبل عذرك و يسامحك أن أخطأت و يسد مسدك في غيابك
He is the one that accepts your apology, forgives you when you make a mistake, and takes your place in your absence

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يظن بك الظن الحسن و أن أخطأت بحقه يلتمس لك العذر ويقول في نفسه لعله لم يقصد
He is the one that always thinks of you well, and if you wrong him makes excuses on your behalf, telling himself perhaps he didnt mean it..

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يرعاك في مالك و أهلك و ولدك و عرضك
He looks after your money, your family, your parents, your honour

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يكون معك في السراء و الضراء و في الافراحِ و الأتراحِ و في السعةِ و الضيق
و في الغنى و الفقر
He is the one thats stands with you in thick and thin, in happiness and sadness, in rich or poor

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يؤثرك على نفسه و يتمنى لك الخير دائما
He is the one that favours you over him, the one that wishes the best for you always

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي ينصحك اذا راى عيبك و يشجعك اذا رأى منك الخير ويعينك على العمل الصالح
He is the one that advises you when sees your faults, praises you when sees your good qualities, and helps you maintain your good work

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يوسع لك في المجلس و يسبقك بالسلام اذا لقاك و يسعى في حاجتك اذا احتجت اليه
He is the one that makes space for you in a gathering, beats you with a greeting when he meets you, and works hard when you need him

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يدعي لك بظهر الغيب دون ان تطلب منه ذلك
The one that prays for you without you asking him too

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يحبك بالله و في الله دون مصلحة مادية او معنوية
He is the one that loves you for God's sake, without materialistic or other gain

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يفيدك بعمله و صلاحه و أدبه و أخلاقه
Is the one that benefits you with his work, his deeds, his manners

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يرفع شأنك بين الناس و تفتخر بصداقته و لا تخجل من مصاحبته و السير معه
He is the one that makes you feel important and proud of his friendship, and your not embarrased with his friendship or to be seen with him

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يفرح اذا احتجت اليه و يسرع لخدمتك دون مقابل
He is the one that is happy when you need him and runs to your aid without asking for anything to gain

.:::.. الصديق الحقيقي ..:::.
The true friend

هو الذي يتمنى لك ما يتمناه لنفسه
Wishes for you what he wishes for himself

تغير مفهوم هذه الكلمة في زماننا واصبحت هناك صداقة واحدة تسمى* صداقة المصالح
*there seems to have been a slight change in understanding this word these days, true friendship has been replaced with the another one called friendship you can gain from.

Khamis, 24 Januari 2013

Aku, Kau & Masalah


Setiap makhluk ciptaan Allah yang masih hidup dan bernafas di atas muka bumi ini tidak akan dapat lari daripada sesuatu yang dipanggil sebagai MASALAH. Setiap manusia mempunya sikap yang berbeza apabila berdepan dengan masalah. 

Ada manusia yang menganggap serangan wabak atau penyakit adalah sesuatu yang amat menakutkan. Lantas mereka hidup dalam ketakutan dan dirundung duka. Tetapi ada juga manusia yang merebut peluang daripada masalah tersebut. Mereka mencipta ubat untuk menentang wabak, mengkaji dan menulis tips kepada orang ramai agar tidak terkena jangkitan. Semangat mereka tidak terkalah oleh masalah. Bahkan mereka mampu membuka jalan kemudahan kepada orang lain.

Apabila manusia memulakan sesuatu usaha. Mungkin ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mengeji, mengkrikitan dengan butir kata seumpama peluru yang mampu mematikan semangat dan keazaman. Lantaran kritikan itu, ada manusia yang putus asa, terus mangalah dan berasa diri tidak berguna. Lalu mereka tidak memutuskan untuk berhenti berusaha dengan harapan dapat menghentikan kritikan, cacian dan kejian yang datang tak kunjung tiba. Tetapi benarkah kritikan itu akan hilang semudah angin lalu?

Ada juga manusia yang menebalkan teliga untuk tidak menghiraukannya, mengeraskan hati untuk tidak goyah dan melembutkan minda agar sentiasa terbuka untuk sentiasa memperbaiki diri secara konsisten. Anda sendiri boleh mengagak orang bagaimana yang lebih berjaya dan berbahagia...

Bersikap dan bertindaklah sewajarnya terhadap masalah yang datang. Bertindaklah sebagai seorang yang berani dan hebat, bukan seperti seorang yang penakut dan bacul. 

مولد الرسول


Selasa, 22 Januari 2013

Kasihanilah OTAK anda

Tatkala aku leka + asyik + khusyu' sekodeng post-post baru yang tertera dalam wall FB, tetiba ternampak la plak gambar yang telah dikongsi oleh seorang member. 10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK. Apakah perkara tersebut? Korang baca la kat bawah tu yerk. 

Secara sengaja mahupun tidak sengaja, kita atau diri aku sendiri selalu buat sebahagian daripada perkara-perkara berikut. erm... Agaknya sebab tu la bila dengar lecture kepala hotak terasa berat semacam jek. Seolah-olah ade batu nisan di dalam tengkorak HAHAHA...

Anyway, aku tertarik dengan fakta no 8: "BERIMAGINASI". Kita selalu keliru nak membezakan antara berangan dan berimaginasi. Seperti mana sukarnya auditor nak membezakan antara "fraud" dan "error", sebagaimana seksanya IRB nak kenal pasti yang mana satu "tax evasion", yang mana satu "tax avoidance". Oppssss ni da borak pasal audit & tax la plak. aritu exam tax, nak pitam aku tgk soklan. Lepas exam berlagak plak cakap pasal tax evasion, tax avoidance, wilful default  bagai... 

Untuk sahabat-sahabat PENULIS sekalian, bergembiralah kerana anda sentiasa berimaginasi untuk menghasilkan karya yang bermutu. Tidak kiralah sama ada untuk penulisan Kreatif atau penulisan artikel yang berbentuk fakta. Uittt saper kata tulis artikel tak perlu imaginasi? Cuma tahap imaginasinya tidak lah terlalu jauh dan tinggi, hingga sampai ke kayangan kan kan kan

Aku juga ingin menyampaikan pesan kepada sahabat-sahabat sekalian, sayangilah dan jagalah kesihatan otak anda. Kepada rakan-rakan yang tengah pening-pening lalat memikirkan dissertation, berbahagialah kerana anda sedang terkecuali daripada ciri No 9 :)


Ahad, 20 Januari 2013

Sabtu, 19 Januari 2013

Aku perlu SEORANG SAHABAT


Entry yang ini aku create sebagai sambungan yang akan memperjelaskan lagi entry sebelum ini yang bertajuk "3 in 1". Ya la beb dengan kekangan masa yang tidak pernah menunggu manusia yang sering alpa dalam pesona dunia, aku tersepit dalam beberapa bebanan tugas yang wajib dilaksanakan sebagai seorang PENUNTUT ILMU. Tak dapat dinafikan ada waktunya aku rasa HANGIN, TENSION, STRESS, SERABUT, SEDIH ... bla... bla... bla...

Dulu aku fikir, aku ialah iron woman yang cukup gagah menghadapi segala rasa tertekan dan mampu tersenyum dalam apa jua keadaan. Aku selalu yakin bahawa airmata aku terlalu mahal untuk dibazirkan dalam perkara-perkara remeh. Aku sangka aku mampu memujuk hati sendiri memotivasikan diri sendiri dengan efektif.

Tetapi aku LUPA (mungkin aku ada terminum air perisa semut secara tak sengaja) bahawa manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Aku lupa akan SIRAH Rasullullah bahawa dalam memperjuangkan Islam, baginda juga ada beberapa orang sahabat setia yang saling menyokong dan membantu.

YA... saat-saat macam ni la aku sangat memerlukan pengertian dan perhatian dari insan yang bernama SAHABAT dan SAUDARA (sebab kita seagama). Seungkai ayat mampu menenangkan jiwa. Biarpun sekadar sepotong ayat ringkas ucapan "good luck" berjaya mengembalikan semangatku... Terima kasih sahabatku atas segalanya. Pertolongan, bantuan, kerjasama, semangat dan komitmen yang kau berikan akan aku kenang selama-lamanya. Syukur kepadaMu Yaa Allah kerana mentakdirkan aku mengenali dirinya, Segala puji bagiMu Yaa Rabb kerana mengutuskan dia dalam hidupku pada saat yang tepat. Sekira Kau datangkan dia lebih awal, tentu aku tidak akan menghargai kewujudannya. Semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya sehingga ke Syurga. Ya Allah kau Rahmatilah dan Berkatilah ukhuwah dan persahabatan ini. 

3 in 1

Syukur Alhamdulillah... Usai sudah beberapa urusan yang sekian lama menyerabuti sesawang tengkorak. Semalam exam untuk last paper untuk semester ini, diikuti presentation untuk subjek yang sama sebaik sahaja selepas mengisi ruang-ruang kosong dalam perut...

Harapnya lepas ni xde la paper lain yang kne amik, selain daripada dissertation yang perlu di'settlekan' secepat mungkin. Tapi andainya aku memang dah layak kene repeat, kecik tapak tangan tapak kaki aku tadahkan. Aku terima segalanya sebagai learning process yang  akan memantapkan dan mematangkan lagi diri aku yang belom cukup matang ni kan...

Sehari sebelum exam memang menakutkan... 9 artikel yang menanti untuk dibaca. Tapi yang sempat aku baca 5 jek kot. Itupun tak berapa nak hadam dalam kepala hotak. Yang betol-betol aku expert cuma tang e-government jek. Itu belom kira lagi aku terkial-kial menyiapkan asignment TAX yang sememangnya 'kiok'. Ditambah plak dengan persiapan untuk presentation. 3 in 1 beb. Macam shampoo 3 in 1 la plak.  

Settle presentation, terasa ringan tengkorak aku. Walaupun terpaksa buat beberapa correction dalam report dan perlu dihantar pada hari RABU. biarkan dulu... yang penting aku perlu menuju ke Salak Selatan sebab nak check in free bermalam di rumah sahabat aku FIDA. Rasa excited sebab pagi 19hb (arini la) aku akan menghadiri Bengkel Penulisan bersama Hilal Asyraf. Alhamdulillah. banyak ilmu baru yang bermanfaat dapat aku kutip sepanjang bengkel ni. Memang berbaloi-baloi la aku berkorban masa dan kepenatan. 

ok sepanjang hari sabtu aku melakukan aktiviti yang aku suka; menghadiri bengkel penulisan, berjalan-jalan cuci mata dengan best friend (FIDA), walaupun tak dapat shopping banyak benda sebab dua-dua kaum hawa ni belom terima gaji :(, makan-makan, update blog sambil tgk TV, dan yang paling BEST ialah BACA NOVEL setelah sekian lama aku tertunggu-tunggu.  selama ni otak aku kenyang dengan journal & article jek. kalo la otak aku reti muntah, mesti da melimpah-limpah dalam tengkorak ni kan...

Esok aku akan kembali ke RUMAH SEWA nak buat apa-apa yang patut untuk correction report PSA. Cari journal untuk BOSS yang merangkap supervisor untuk dissertation. huhuhu gerun bila teringat pasal dissertation. Isnin dah start keje setelah sekian lama aku bercuti sebab nak exam. Opppsss kene buat artikel untuk bulan depan sebelom Tuan Editor hantar SMS rindu kat artikel aku

Erm inilah jalan hidup yang aku pilih. Aku perlu menghadirkan CINTA terhadap semua perkara di atas dan menikmati segala aktiviti tersebut dengan perasaan gembira & teruja :)

Ahad, 13 Januari 2013

TERUS HIDUP!!!!


أستيقظ في الخامسة صباحًا. كل يوم. ليس على رنين المنبه
وإنما على نقر خفيف في القلب

يشبه سقوط مطر مفاجئ على قرية منسية.
أتعرف ماذا يعني هذا؟

يعني أن ذلك الطائر الجميل الذي حاولت مرارًا قتله.
لم يمت!!! ما زال مصرًا على الغناء
وسط تصفيق غيابك.


- فتحية الصقري -

Belajar Penuh Gaya - Fokus SPM


ßôJysø9$# ¬! Å_Uu šúüÏJn=»yèø9$#   
Syukur kepadaMu Yaa Rabb… Terasa semangat yang selama ini suam-suam kuku, membuak-buak melimpah ruah. Biarpun aku tidak melompat macam kanak-kanak rebina, namun aura kegembiraan menyirami dan memenuhi rongga-rongga hati. Lantas menguatkan lagi keazaman ini. Rasa puas dan berbaloi apabila aku menyedari bahawa ada insan yang memperoleh manfaat daripada usaha ku selama ini. Semoga Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi rahmat dan keberkatan terhadap hasil usaha ku ini. Yaa Rabb, bantulah hamba-Mu untuk menyebarkan kebaikan...

Sudah lebih setahun aku menyumbang karya untuk majalah Fokus SPM. Artikel pertamaku tersiar pada Disember 2011 dalam ruangan yang diberi nama "Belajar Penuh Gaya". Terima kasih kepada Tuan Editor Majalah Fokus SPM, Muhd Azman Bin Mohd Nawi kerana memberi peluang untuk berkarya. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup anda. 

Aku berjanji akan sentiasa berusaha untuk menyajikan yang terbaik untuk PEMBACA sekalian:)


Aku akan SENTIASA menulis dan TERUS menulis, kerana menulis adalah oksigen yang memastikan keberlangsungan hidupku. Andainya aku berhenti menulis, maknanya aku mengambilkan keputusan untuk berhenti bernafas dan TAMATnya riwayat seorang "AKU"

Rabu, 9 Januari 2013

LIFE IS LIKE A NOVEL


Hidup ini memang macam novel. Sebagai pengarang, kitalah yang menentukan watak & peranan seorang “aku” dalam plot sebuah kehidupan. Watak-watak lain tetap wujud tetapi ia di luar batasan skrip yang kita tulis. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, watak seorang “aku” bakal mempengaruhi peranan dan tindakan watak-watak yang lain.

Biarpun dalam skrip kehidupan yang sebenar, kita tidak kuasa menentukan bagaimana kesudahan cerita, namun kita bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh watak seorang "aku" yang akan mempengaruhi epilog sebuah cerita...