Rabu, 31 Julai 2013

Selamat hari pahlawan


Siang tadi seorang askar wahtaniah merangkap ex-fesi aku telah menghantar satu email semperna hari pahlawan yang disertakan video yang berlatarkan lagu ini. Syok menghayatinya. Irama rock yang ganas, rancak dan bersemangat. Tetapi liriknya menyentuh hati jika dihayati. sekali gus mengingatkan betapa selesanya hidup pada hari ini. Makan dengan selesa, tidur atas tilam dan gembira hidup di samping keluarga dan teman-teman tersayang.

Sedangkan pada masa yang sama pahlawan-pahlawan ini meninggalkan rumah jauh dari keluarga, sepi tanpa gelak tawa teman-teman. Tidur beratap langit, berlantai tanah. Menghidang diri kepada nyamuk dan pacat. belum dikira binatang buas, serangga berbisa. Semua dihadapi demi tanggungjawab kepada negara.


TERIMA KASIH PAHLAWANKU
KERANA TERUS BERBAKTI 
WALAU TAK DI PUJI



Sent into battle to aid strangers in need
Gain independence, our forces will lead
Final solution when all others have failed
Liberation is coming our path has been laid

We remember the fields, where our tanks held the line
We remember our brothers in arms

(when the war, has been won)
(and our march home begins)
What awaits has not yet been revealed
(what was won? what whas lost?)
(will our deeds be remembered?)
Are they written on stone or in sand?

Marching ashore, our target awaits
Facing resistance, forces driven by hate
Protecting civilians, while fired upon
(rules of engagement, our restrictions are gone)

We remember the sea, where our ships broke the waves
We remember our brothers in arms

(leaving home, set to sea)
(was this really meant to be?)
(see the shore of our home fade away)
(facing blood, facing pain)
(have our brothers died in vain?)
(many lives has been lost on the way)

Isnin, 29 Julai 2013

Lamaran perjuangan


Hari ini aku tiada apa-apa yang hendak dibebelkan. Cuma aku tertarik dengan satu kata-kata yang aku temui ketika sedang asyik baca post yang tertera dalam news feed facebook. Post tersebut datang dari gambar seorang script writer. 

"Tika dirimu dilamar PERJUANGAN
JANGAN pernah berkata TIDAK!!!"



Ayat yang tidak sampai 10 patah perkataan ini, membuat aku tersentak seketika, dan aku memutuskan untuk memikir kembali beberapa keputusan yang aku telah bagitahu diriku bahawa aku TIDAK akan lakukan. Terasa diri bagaikan si BACUL yang KETAKUTAN ketika mengingat bagaimana aku menolak mentah-mentah. AHHHH masih belum terlambat untuk difikirkan

Apapun yang hendak dilakukan, semua perkara perlu dipertimbangkan. Istikharah perlu mendahului keputusan. Apa yang penting, semuanya perlu berlandaskan iman agar cahaya hidayah-Nya tidak kelam dimamah kesombongan hati yang lupa diri.

Ahad, 28 Julai 2013

Mood Happy


Ketika aku tension mengenang pembetulan dissertation yang bergelak sangat perlahan mengalahkan kura-kura, kaki aku melangkah pantas menuju ke PKNS, tempat paling senang aku nak pergi. Niat hati nak sekodeng kuih raya, baju raya atau apa-apa aje la yang berkait dengan raya. Tetiba mood aku terbantot sebab hari minggu, manusia ramai sangat. Akhirnya, niat nak usha baju raya terbatal dan aku hanya beli majalah (seperti gambar di atas), sabun muka dan perfume. 


Majalah Fokus SPM bulan ni memulihkan mood aku yang rasa macam nak mati ni. HEHEHE bukan sebab artikel aku jadi tajuk muka depan (EH keletulan plak bulan ni dia keluar muka depan). Tetapi apa yang membuat aku tersengeh macam kerang putus nyawa ialah apabila terbaca surat pembaca bernama Hamiza Adnan. Apelah sangatkan... tetapi bagi aku bermakna sekurang-kurangnya ini bermaksud apa yang aku tulis selama ini memberi input berguna kepada pembaca. Bukti bahawa apa yang aku lakukan selama ini tidak sia-sia. 


Alhamdulillah. Syukur kerana Dia Yang Maha Berkuasa telah mengizinkan jemari ini untuk terus mengetuk-ngetuk (EH bukan ketuk la, tekan slow2 je) di atas keyboard laptop buruk ini. Sesungguhnya segala kebaikan itu datang daripada-Nya dan segala kekurangan itu datang dari diriku yang serba dhoif  ini. 

Aku doakan adik Hamiza Adnan beroleh kebaikan daripada pembacaan bahan-bahan ilmiah. Tahniah, kerana ketika orang lain memilih untuk membaca sesuatu yang menghiburkan, tetapi adik memilih bahan ilmiah sebagai kudapan minda. Semoga berjaya mencapai cita-cita di dunia dan berbahagia di akhirat. 

Ahad, 14 Julai 2013

Aku Tanpa Sahabat

“Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu terjatuh ke dalamnya” kata-kata ini aku cedok daripada novel tarbiah ‘Relasi Mencari Sahabat Sejati’ karya Hilal Asyraf.


Sebentar aku terkesima. Bukan terkejut atau tidak setuju dengan kata-kata itu. Cuma aku terfikir, jika buku ini telah terbit sejak dahulu lagi dan aku telah membacanya sejak zaman persekolahan, pasti banyak perkara yang dapat ku perbaiki.

Sejak dahulu aku mengukur, rapat dan kukuh sebuah persahabatan mengikut tempoh masa aku mengenali seseorang. Maka aku sering kali menolak persahabatan atau perhubungan baru dalam hidup, dengan alasan kesetiaan pada persahabatan lama.

Namun aku mungkin silap. Sepatutnya ukhuwah perlu dijalinkan dengan sesiapa sahaja saudara seagama yang ada di atas muka bumi ini. Selagi ia tidak melampaui batas-batas syarak. Apatah lagi sekiranya jalinan ukhuwah itu mampu membuatkan kita taqarrub kepada-Nya, di samping menambah ketakwaan dan mengukuhkan keimanan.

Andaian itu sering kali membuat aku kecewa apabila dia, insan yang aku nobatkan sebagai sahabat tiba-tiba menjadi manusia yang sangat tidak memahami. Sahabat yang aku fikir sangat mengenali ku, rupanya tidak pernah mengerti bahkan seolah-olah mengenali ku sebagai insan lain, seperti watak yang dia cipta sendiri. 


Tetapi wajarkah aku menyesali, haruskah aku menyalahkannya. Seharusnya aku tidak terlalu mengharap. Apa yang pelik, manusia yang baru sahaja dikenali seolah-olah tahu segala-galanya dan mampu membaca diri ini bagaikan membaca sebuah novel.

Ntahlah... Aku cuma boleh katakan bahawa semua ini kuasa-Nya. Mungkin dia tidak mengizinkan sahabat lama untuk memahami ku sedalam-dalamnya. Namun apabila Dia berkata “ku fayakun” maka tidak mustahil jika orang yang baru ku kenali itu lebih mengerti segala-galanya.

Kenapa tiba-tiba aku menulis tentang sahabat? Sebab pertama, aku sememangnya menganggap sahabat adalah manusia  terpenting dalam hidup. Kedua, aku jua pernah menyia-nyiakan kemunculan sahabat dalam hidupku. Ketiga, kedatangan Ramadhan pada tahun ini bermakna sudah dua tahun aku dan sahabatku tidak lagi saling berhubung seperti sebelum-sebelumnya. Segala-galanya berpunca daripada sikap ku sendiri. Ah... aku malas nak merungkai kembali satu kebodohan yang impaknya sangat mengecewakan.

Tanpa kata, sms, surat, email pengganti bicara, membuatkan terkadang aku rasa waktu seakan kosong. Rongga-rongga dalam jiwa seakan dipenuhi habuk dan zarah-zarah yang tak berguna. Namun, ia membuka ruang untuk aku muhasabah diri, memberi waktu untuk aku bertanya kepada hati dan memberi peluang kepada akal mencari rasionalisasi. Aku tahu setiap aturan-Nya pasti tersirat hikmah yang sangat indah. Aku sering menggambarkan bahawa aku ibarat watak Saifullah dalam novel Relasi Mencari Sahabat Sejati yang asyik tercari-cari seseorang yang boleh digelar sahabat dan tertanya-tanya apakah makna persahabatan sejati.


Seperti kisah dua orang kerdil yang dipetik daripada buku  ‘Who Moved My Cheese?’ Hasil karya Dr. Spencer Johnson. Orang kerdil bernama Haw telah meninggalkan sahabatnya Hem. Haw yang mahu mencari keju baru dan meninggalkan daerah yang telah selesa diduduki sementara Hem berdegil mahu menunggu keju lamanya muncul kembali.

Dahulunya mereka sering bersama dalam suka dan duka. Mengembara bersama mencari keju yang diidamkan. Menjalani rutin hidup bersama-sama Namun apabila sampai satu tahap, Haw terpaksa mengucap selamat tinggal kepada Hem. Haw tidak mengkhianati persahabatan mereka. Cuma sampai setakat itu sahaja mereka bersama. Jauh di sudut hati Haw dia tetap mengharap Hem juga akan terbuka hati untuk keluar daripada daerah yang sudah kehabisan keju itu.

Haw masih menganggap Hem sebagai sahabatnya. Namun haluan yang berbeza memaksanya meninggalkan Hem. Menurut buku itu “untuk mendapatkan keju baru, kita perlu meninggalkan keju yang lama” sekali dengar agak kejam. Lebih-lebih lagi jika keju itu kita umpamakan seperti seseorang yang pernah wujud dalam sebuah hubungan yang istimewa. Tetapi, itulah realitinya, kita perlu bergerak seiring dengan masa. Andai sebuah perhubungan itu lebih mendatangkan natijah buruk, untuk kenapa masih membuang masa? Untuk apa setia menunggu?

Untuk dia yang dahulu pernah menjadi sahabatku, dia yang pernah mengisi kekosongan waktuku dengan senyuman, keriangan dan hilai tawa. Dia yang pernah berkongsi cerita suka duka dengan ku. Dia yang pernah kebasahan meredah hujan bersama ku. Dia yang pernah bermandi keringan berjalan di bawah terik mentari bersama ku.. Semoga Allah menemukan untuknya sahabat yang lebih baik daripada diriku. Sahabat sejati seperti yang digambarkan oleh Hilal Asyraf dalam novelnya, sahabat yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkannya dan memimpinnya ke syurga. InsyaAllah. Ameen

Rabu, 10 Julai 2013

Pertama Ramadhan datang lagi


Syaaban pergi. Ramadan datang lagi.  Bertamu dalam kalendar kehidupan bersama keberkatan. Membawa harapan baru. Merenung beberapa waktu yang telah ditinggalkan. Ramadhan - Ramadhan terdahulu yang telah aku lalui. Menginsafi diri dengan hati yang tidak cukup murni bagi mengikhlaskan segalanya berlalu pergi. 


Terkadang aku kurang redha dengan ketetapan Ilahi. Tanpa kusedar harumnya bunga disebalik ketajaman duri. Manisnya madu terkawal disebalik bisanya lebah. Aku masih mencari makna ilusi ketika terangnya realiti. Tanpa kecaknaan bahawa jawapannya ada di sini.



Tahun ini sekali lagi aku menyambut Ramadhan dengan sebeban kealpaan semalam yang kian memberat. Sekali lagi  Ramadhan ku sambut dirantauan. Walaupun bukan di seberang lautan. Aku memilih untuk meneruskan kerja bersama supervisorku. Tatkala ini hatiku penuh mengharap agar dissertasiku tidak bermasalah agar dapat ku tamatkan pengajian ini dengan mudah. Dihadapanku ada dua pilihan yang kian meletakkan aku dalam dilema. Tersepit antara cita-cita ku pada masa dahulu dan angan-angan sewaktu kecilku, yang kini terlihat jelas jalan menjadikan angan-angan itu menjadi realiti yang pasti. 

Perlu melakukan istikharah banyak-banyak kali agar aku mantap memilih keputusan yang mencorak siapa aku pada esok hari, agar tidak diburu sesalan nanti. Antara menuntut dan mendalami ilmu yang fokus kepada satu bidang tertentu atau menyebar dakwah secara umum dalam pasaran yang meluas atau melakukan kedua-duanya sekali? Bukankah selama ini juga aku sudah biasa hidup dalam rutin seperti itu. Tetapi aku memerlukan waktu untuk membina legasiku. Masih buntu. Ikutkan hati, mahu sahaja aku pergi. Tetapi di sana juga belum tentu kebahagiaan itu pasti.

Ramadhan ini ku sambut dengan sejuta harapan. Semoga kali ini aku lebih mengerti makna diri. Ahlan wasahlan yaa Ramadhan...