Selasa, 5 Mac 2013

Berani membuat keputusan




Kita adalah CEO kepada diri sendiri. Kita yang membuat segala keputusan yang menentukan keberlangsungan urusan hidup seharian. Masalahnya, ramai yang menghadapi beberapa masalah apabila diminta membuat keputusan

(1) Takut nak buat keputusan
Kadang kala kita  takut hendak memutuskan sesuatu apabila berdepan dengan pilihan. Jika pilih A, maka B terpaksa dilepaskan. begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Tetapi tak kan lah nak kemam jek dalam mulut sampai bila-bila kan... Ha kalau macam tu, potong sahaja kepala, Maka, tidak perlu memilih untuk ditelan atau diluah, biar pilihan tidak perlu diputuskan.  Namun begitu, dalam realiti kehidupan harian, boleh ke buat macam ni yerk???


(2) Takut hendak memilih apa yang sebenarnya kita ingini
Kadang kala hati kita kata nak A. Tetapi kita pilih B. Kenapa??? 

Pertama: kita takut nanti orang lain kutuk kita. kawan-kawan kita kata, kenapalah bangang sangat buat keputusan macam ni.
Kedua: kita takut ade orang kecik hati. Habis tu hati kite, macam mana? membesar atau mengecik?
Ketiga: Sebab majority manusia akan memilih A, so kita pun pilih A jugak lah, supaya tidak kelihatan janggal di mata orang lain. 

(3) Takut menerima risiko yang bakal berlaku selepas membuat keputusan 
Nanti kalau gagal macam mana? Kalau dia marah macam mana? Kalau dia tumbuk muka aku macam mana?


Benda-benda macam ni lah sebenarnya yang membantutkan kelancaran hidup kita. Si bijak pandai ada berkata "untuk berjaya, kita perlu berani membuat keputusan dan berani juga menghadapi segala risiko yang timbul akibat daripada keputusan yang dilakukan." Maka keputusan ditangan kita, sama ada memilih untuk menjadi BERANI ataupun menjadi si BACUL. 

Buatlah keputusan mengikut kehendak dan naluri hati. Sebelum itu, jangan lupa berIstikharah memohon petunjuk daripada Yang Maha Berkuasa, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Jangan takut sekiranya kita mahu memilih sesuatu yang pelik dan keputusan tersebut bakal dikutuk oleh orang lain. Ingatlah sesungguhnya hanya kita yang benar-benar memahami diri kita, bukan orang lain, bukan kawan, bukan jiran sebelah rumah, bukan balaqs, bukan aweqs, bukan ketua kampung, bukan wakil rakyat.... tetapi DIRI KITA sendiri. Maka kita lah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Tidak salah sekiranya mahu bertanya pendapat orang yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan lebih informasi dan panduan. Tetapi jangan sampai mereka yang menentukan ke mana kaki ini harus melangkah. 



1 ulasan: