Sabtu, 30 Mac 2013

Cintailah apa yang kita usahakan

LOVE IS WHAT MAKES YOU SMILE WHEN YOU ARE TIRED


Assalamualaikum.w.b.t. sobahul khair dan selamat berhujung minggu. Segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang kepda kita untuk terus menikmati hidup. Syukur kerana sistem tubuh masih boleh melakukan kitaran pernafasan dengan menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida seperti biasa. Ini bermakna kesempatan masih ada untuk kita meyiapkan kerja dan tugasan yang tertangguh semalam. Mari meneruskan perjuangan!!!

Apabila tengok seimbas pandang ayat di atas. Mesti ramai yang anggap aku tengah angau tika dan saat ini. AWAS!!!! Jangan terlalu cepat membuat andaian awal yang bukan-bukan :)

CINTA mampu membuat kita TERSENYUM walapun tika kita keLETIHan. Motivasi dan inspirasi yang ingin aku sampaikan di sini ialah Cintailah kerja dan tugasan yang dilaksanakan pada hari ini, maka anda akan berbahagia dan bergembira walaupun terpaksa mengadapnya sepanjang masa.

Kita selalu mendengar "Apabila bersama yang dicintai, masa yang panjang tak terasa berlalu. Sehari yang dihabisi, terasa bagaikan tak sampai satu jam. Cuaca panas terik pun tak terasa bahangnya. Walaupun duduk bawah mentari yang memancar, tetapi rasa macam duduk dalam freezer yang simpan sayur tu. Dingin dan nyaman". Betapa nak menggambarkan kejemuan langsung tak wujud dan hati tetap senang walaupun suasana persekitaran tak best langsung.

Erm..... Kebiasaannya kita akan membayangkan CINTA yang dimaksudkan itu ialah untuk sesama manusia. Cuba kita perluaskannya terhadap skop dan definisinya terhadap kerja, tugas dan kehidupan yang ita jalani seharian. Barulah setip detik, saat dan waktu yang kita jalani terasa seronok, bahagia dan terasa menarik. Tentu sekali kita akan menjalaninya dengan perasaan yang sangat excited. 

Sekian dulu bebelan aku untuk hari Sabtu ini. Doakan semoga hari ini adalah hari yang produktif untuk kita sama-sama melaksanakan tugasan masing-masing sebagai hamba-Nya, sebagai anak, sebagai pelajar/pekerja dan juga sebagai manusia pada umumnya. 

Ahad, 24 Mac 2013

Selamat pagi Ahad

Assalamualaikum wa sobahulkhair antum jami'a

Gambar di atas aku cilok dari page facebook  معلومات عامة مفيدة  Ini linknya https://www.facebook.com/infotam. Macam biasala aku ni bila tengok jek gambo tempat-tempat tinggi mesti rasa syooookkk sangat nak menjelajah menikmati keindahan alam ciptaan Allah Azza Wa Jalla. 

Pagi Ahad yang ceria ni, warm up dulu sebelum mendera otak kiri untuk bekerja. Semalam usai sudah semua fraud companies. Hari ini nak sekodeng CSR non-Fraud companies plak untuk dissertation aku. Selepas itu, kene buat writting untuk sume fraud companies. Pastu nak buat calculation untuk horizontal analysis untuk tiga GLC companies. Ala guna microsoft office excel jek, bukan kira manual pown. huhuhu tapi jenuh jugak ni. Dah la sejak dua menjak ni aku allergy sesangat terhadap segala tugasan yang melibatkan nombor. Yang ini untuk research 'boss' aku. 

ooopppssss lupa plak. Artikel bulan depan untuk kolum Belajar Penuh Gaya majalah Fokus SPM belum buat lagi. Minggu lepas baru conteng-conteng isi yang aku nak tulis. Ini wajib buat hari ini juga sebelum Pak editor perambat aku. So ringkasnya hari ini aku ada empat 'bende' besar yang perlu dilangsaikan. 

YESSSSS YAKIN BOLEH
AKU PASTI BOLEH!!!!

Sebelum mengharap orang bagi semangat, diri sendirilah yang terlebih dahulu perlu memotivasi dan menginspirasi hati, semangat dan jiwa dengan apa cara sekalipun. Selamat menikmati proses menyiapkan tugasan kepada diriku dan sahabat-sahabat yang senasib. Selamat menikmati hujung minggu kepada yang sedang bersantai & berenang-renang di atas katil :)


Doa patah hati

Malam ni selepas selepas aku berjaya menyiapkan dissertation (untuk target hari ini), aku pun sekodeng FB sebagai hadiah untuk kerajinan dan ketekunan aku pada hari ini (heheheheh walaupun tak de orang nak kata aku rajin, namun aku mesti yakin bahawa aku boleh jadi rajin. kerajinan dan kemalasan adalah pilihan. Maka terserahlah kepada diri kita untuk menjadi manusia yang bagaimana). Ye la kan jenuh aku sejak malam tadi, pastu sambung pagi, sambung plak petang, bersambung plak malam... mata aku hanya menatap annual report beratus-ratus syarikat. Cari figure Total Assets dan meneliti CSR yang mereka buat. Adoiiii kelabu asap la jugak mata aku. Ni aku nak beri peluang kepada otak kiri berehat dan nak ajak otak kanan jenjalan. Tiba-tiba aku terbaca post ini dalam fanpage  https://www.facebook.com/pages/-Mutiara-Hikmah-/207901742686558?ref=stream


Aku rasa ini juga berkait rapat sepanjang perjalanan kita menuju kejayaan. Kenapa? Patah hati, kecewa, frust menonggeng atau apa-apa sahaja perkataan yang seerti atau yang seangkatan tentera dengannya... Ia boleh menjadi penyebab yang membantutkan semangat dan mengakibatkan keghairahan kita untuk mencapai cita-cita menjadi terencat sekiranya hati dan jiwa tidak cukup gagah menerima kenyataan. Maka aku copy + paste dalam entry kali ini sebagai sisipan buat tatapan anda semua. harapan aku, semoga anda semua dan diri ku juga sentiasa tabah, sabar dan kuat menghadapi apapun jua dugaan. Semoga semangat ini tidak akan pernah luntur bahkan menjadi lebih kuat dan perkasa selepas diuji. Amin...

Ya Allah.. jika dia bukanlah yang terbaik.

maka janganlah biarkan kurindukan kehadirannya..
janganlah biarkan kulabuhkan hatiku dihatinya..
kikislah pesonanya dari pelupuk mata...
dan usirlah dia dari relung hati ini..
tolonglah hamba agar dapat mengasihinya sbg seorang sahabat..
Yakinkanlah dia bahwa ku sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka bersamanya..
Ajarlah hamba tuk tetap setia dan sabar menanti tibanya saat yg tlah Engkau tentukan..

Ya Allah...
Seandainx telah Engkau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari anganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Ambil lah kebahagiaan ketika dia ada disisiku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Tuhanku yg Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa berbahagia tanpa dirinya..

Ya Allah ya robbi
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu.
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yg terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yg terbaik buat hambamu ini y Allah...

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Khamis, 21 Mac 2013

Tahniah

Tahniah kepada adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan SPM. tidak kisahlah apapun pencapaian yang diperoleh. Banyak A, sikit A, ada A, takde A... Ucapan tahniah tetap layak dinikmati, kerana  telah berjaya melepasi satu fasa kehidupan yang selama ini jalani selama bertahun-tahun lamanya sebagai pelajar sekolah. 

Apa yang lebih penting sebenarnya ialah pengalaman yang dikutip sepanjang melalui perjalanan hidup sehinggalah sampai pada hari ini. Cara menangani masalah-masalah yang menduga dipersimpangan jalan, sekuat mana hati tabah dan sabar menempuh segala rintangan. Sejauh mana anda berjaya meminimumkan kesan daripada risiko-risiko yang dihadapi

Pasti ramai yang pernah mendengar kata-kata sang pujangga yang berbunyi "Apa yang penting, bukanlah kejayaan yang diraih, tetapi rintangan dan halangan yang ditempuhi sepanjang rentetan menuju kejayaan, itulah yang lebih berharga" 

Oleh itu, usah bersedih, jangan iri hati, tidak perlu mempertikai mengapa kita selalu diuji dengan dugaan yang lebih berat dan lebih besar daripada orang lain??? Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan dugaan yang tak termampu kita hadapi. Jika kita melalui sesuatu yang lebih dahsyat daripada orang lain, maknanya kita lebih kuat. Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk diuji seperti itu, maka kita berpeluang untuk membuktikah bahawa kita adalah manusia HEBAT.

Fasa kehidupan yang seterusnya lebih mencabar dan berliku. Lebih banyak rintangan yang menunggu di sepanjang perjalanan hidup ini. Tidak kira sama ada anda memilih untuk menyambung pengajian ataupun sebaliknya. Tidak kisahlah ke benua mana kaki akan melangkah. Selagi nafas masih berhembus, selagi nadi masih berdenyut, selagi jantung masih aktif mengepam darah, selagi perut masih terasa lapar meminta makanan, selagi selagi kitaran oksigen dan karbon dioksida masih berlaku seperti biasa, maka selagi itulah manusia tidak akan sunyi daripada masalah dan dugaan.

Dugaan adalah rencah yang menambah kepelbagaian rasa dan menokok kelazatan dalam resipi kehidupan. Tanpanya, cerita manusia menjadi hambar, diari hidup kosong tanpa kisah, sang penglipur lara sepi tanpa ceritera. Sang pujangga kekosongan kertasnya tanpa bait kata-kata...


Rabu, 13 Mac 2013

Bakal Sasterawan Negara

Pagi ini aku terbaca post baru yang terpapar dalam wall facebook Dewan Bahasa dan Pustaka. Post in memaklumkan bahawa Pengumuman Anugerah Sastera Negara ke-12 akan berlangsung pada 15 Mach ini. Siapakah gerangan insan itu? Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke 12?

Berikut ialah senarai 11 Sasterawan Negara:


  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
  4. 1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
  12. 2013 : ??????

Jeng Jeng Jeng!!! Tanda soal itu akan terjawab pada 15 March nanti. Tunggu dan lihat. Cuma daripada pemerhatian, kesemua 11 yang menyandang gelaran S.N merupakan manusia yang berjantina lelaki. Bilakah agaknya Sasterawan Negara berjantina wanita akan muncul? Mungkinkah tahun ini akan mencetuskan satu rekod baru dalam penganugerahan gelaran Sasterawan Negara? Wallahua'lam.....

Tercetus sekelumit angan-angan dalam hati, kalaulah suatu hari nanti aku juga menjadi seperti mereka :)




Selasa, 5 Mac 2013

Berani membuat keputusan




Kita adalah CEO kepada diri sendiri. Kita yang membuat segala keputusan yang menentukan keberlangsungan urusan hidup seharian. Masalahnya, ramai yang menghadapi beberapa masalah apabila diminta membuat keputusan

(1) Takut nak buat keputusan
Kadang kala kita  takut hendak memutuskan sesuatu apabila berdepan dengan pilihan. Jika pilih A, maka B terpaksa dilepaskan. begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Tetapi tak kan lah nak kemam jek dalam mulut sampai bila-bila kan... Ha kalau macam tu, potong sahaja kepala, Maka, tidak perlu memilih untuk ditelan atau diluah, biar pilihan tidak perlu diputuskan.  Namun begitu, dalam realiti kehidupan harian, boleh ke buat macam ni yerk???


(2) Takut hendak memilih apa yang sebenarnya kita ingini
Kadang kala hati kita kata nak A. Tetapi kita pilih B. Kenapa??? 

Pertama: kita takut nanti orang lain kutuk kita. kawan-kawan kita kata, kenapalah bangang sangat buat keputusan macam ni.
Kedua: kita takut ade orang kecik hati. Habis tu hati kite, macam mana? membesar atau mengecik?
Ketiga: Sebab majority manusia akan memilih A, so kita pun pilih A jugak lah, supaya tidak kelihatan janggal di mata orang lain. 

(3) Takut menerima risiko yang bakal berlaku selepas membuat keputusan 
Nanti kalau gagal macam mana? Kalau dia marah macam mana? Kalau dia tumbuk muka aku macam mana?


Benda-benda macam ni lah sebenarnya yang membantutkan kelancaran hidup kita. Si bijak pandai ada berkata "untuk berjaya, kita perlu berani membuat keputusan dan berani juga menghadapi segala risiko yang timbul akibat daripada keputusan yang dilakukan." Maka keputusan ditangan kita, sama ada memilih untuk menjadi BERANI ataupun menjadi si BACUL. 

Buatlah keputusan mengikut kehendak dan naluri hati. Sebelum itu, jangan lupa berIstikharah memohon petunjuk daripada Yang Maha Berkuasa, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Jangan takut sekiranya kita mahu memilih sesuatu yang pelik dan keputusan tersebut bakal dikutuk oleh orang lain. Ingatlah sesungguhnya hanya kita yang benar-benar memahami diri kita, bukan orang lain, bukan kawan, bukan jiran sebelah rumah, bukan balaqs, bukan aweqs, bukan ketua kampung, bukan wakil rakyat.... tetapi DIRI KITA sendiri. Maka kita lah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Tidak salah sekiranya mahu bertanya pendapat orang yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan lebih informasi dan panduan. Tetapi jangan sampai mereka yang menentukan ke mana kaki ini harus melangkah.