HEHEHE cam sengal jek kan tajuk kat atas tu. Tapi aku tak tipu, tika dan saat ini hati aku dilanda syahdu lantaran rindu... ceewaaahh!!! Tak boleh blah punye ayat. Aku sedih kerana aku hanya seorang manusia yang lemah, tak memiliki apa-apa kuasa untuk melakukan magik agar rindu itu berakhir dengan pertemuan. Aku hanya mampu mengadu dengan Dia Yang Maha Berkuasa. Aku hanya boleh meluahkan kepada Dia Yang Memiliki segalanya, Dia yang memiliki hatiku dan berkuasa menenangkan jiwa...
Yaaa... Aku akur bahawa setiap perasaan yang terdetik di hatiku adalah dengan kuasa-Nya dan izin-Nya. Walaupun detik hatiku bagaikan genta yang menyentap rasa, aku tetap yakin bahawa segalanya terselit hikmah. Jeng Jeng Jeng tiba-tiba aku dapat satu idea untuk penulisan. tetapi pelaksanaannya memakan masa selama 3 bulan... Idea yang bagi aku HEBAT ini tercetus daripada dua benda. Pertama, ialah rasa syahdu dan rindu yang bertamu di hatiku. Kedua, daripada artikel Haron et al (2006) berkenaan CSR yang aku baca ketika aku mengedit dissertasiku yang bakal dibentangkan dalam ICFC 2013 beberapa hari jek lagi. warrrggghhhhh.
AH!!!! Aku tak nak cakap panjang-panjang pasal Conference tu. Buat aku tension jek. Kang hilang pulak idea HEBAT aku ni. Ape erkkk idea tu???
menjelang bulan puasa, aku nak buat cerita tentang "Diary Ramadhan". Ceritannya berkisar tentang sebulan sebelum Ramadhan yakni sepanjang Syaaban, semasa Ramadhan dan sesudah Ramadhan (sepanjang Syawal). So, cerita aku merangkumi bulan Syaaban, Ramadhan dan Syawal. Idea ini diadaptasi daripada artikel Haron et al (2006) yang membuat kajian terhadap corak CSR disclosure ketika tahun kegawatan ekonomi (1998), tahun sebelum kegawatan dan tahun selepas kegawatan.
Aku sengaja tuliskan dalam blog ni di sebabkan beberapa alasan
1. Sebagai peringatan dan cabaran untuk diri sendiri. Di sini aku berjanji dan sekali gus mencabar diriku. Bermula pada bulan Syaaban aku akan menulis setiap rentetan yang kualami dalam blog ini. aku akan namakannya untuk topik yang aku klasifikasi sebagai "Diary Ramadhan" atau apa-apa aje lah yang sesuai. Nanti aku akan edit, buang mana yang mengarut dan tokok tambah dengan pelbagai perisa hehehe
2. Tak nak semua orang baca. Segan nak expose bahawa aku ade perasaan jiwang terhadap seseorang. Kalau tulis dalam facebook malu. Aku tahu blog ni tak ramai yang sekodeng. Orang yang berkenaan pun mesti tak rajin nak sekodeng entry-entry aku yang tak de kene mengena dengan apa yang dia buat sekarang.
3. Sebagai bonus la kepada sesiapa yang rajin baca entry aku. Aku tak kisah kalau ada penulis yang nak amik idea ni, nak buat novel ke, buat drama ke... Sebab ini merupakan idea secara umum dan sudah pasti jalan penceritaan secara detail akan berbeza bagi setiap orang.
Blog ini tidak menjamu anda secangkir kopi mahupun sepiring kuih muih. Sekadar sepotong ayat motivasi sebagai hidangan jiwa dan santapan minda.
Ahad, 26 Mei 2013
Jumaat, 24 Mei 2013
Nota hati bakal penganggur
Mood aku pada pagi yang indah dan cerah ini ialah nak menghayati lagu ini banyak-banyak kali sampaikan roomate aku naik pelik apesal la aku asyik mengulang-ulang lagu yang sama berulang kali. hahaha maklumla tak lama lagikan aku bakal menjadi penganggur. Kini aku menanti saat itu tanpa rasa gundah, cuak ataupun risau seperti dulu-dulu. Aku cuma mengklasifikasi diriku sebagai penganggur dalam istilah seorang yang tidak memiliki atau dimiliki oleh majikan. Pada masa yang sama aku ada misi dan visi yang mahu dicapai.
Jika dulu sewaktu aku hampir menamatkan pengajian peringkat diploma dan degree, aku sedih sangat nak meninggalkan zaman bergelar seorang pelajar. Sedih dan tak sanggup nak berpisah dengan sahabat-sahabat yang amat ku sayangi yang seringkali memeriahkan hari-hari yang kulalui. Sedih nak mengucapkan selamat tinggal kepada pensyarah-pensyarah yang saban hari tidak pernah jemu dan lelah mengajarkan ilmu, memberikan nasihat dan membekalkan banyak panduan yang berguna untuk aku mengharugi hidup pada hari-hari yang mendatang.
Aku juga sedih untuk meninggalkan UniSZA tempat aku menuntut ilmu selama 7 tahun. Bayangkan sejak namanya masih KUSZA yang merupakan Kolej Kerajaan Negeri Terengganu sehinggalah bertukar menjadi universiti dengan nama UDM yang kemudiannya bertukar pula menjadi UniSZA. Aku menyaksikan perubahan era 3 zaman itu di UniSZA bersama beberapa orang sahabatku yang turut sama-sama tegar untuk terus berada di situ. Selain itu, aku juga gerun nak menghadapi dunia luar yang serba serbi berbeza. Aku bimbang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku. Aku malu bergelar seorang penganggur.
Kini, saat itu juga bakal mendatangi ku untuk kesekian kalinya. Cuma kini perasaanku berbeza. Aku teruja. Tidak sabar-sabar walaupun aku tetap berasa sedih untuk berpisah dengan semua kawan-kawan yang ku kasihi dan sudah pasti aku bakal merindui tempatku menuntut ilmu. Walaupun hanya setahun setengah, tetapi tetap ada sesuatu yang bermakna untuk kukenang sepanjang zaman. Tetap ada kenangan indah yang akan menghiasi hari-hari yang bakal kulalui nanti.
Cuma aku rasa seperti tidak sabar-sabar untuk menamatkan semua ini. Tamatnya pengajianku di sini bermakna aku bakal tidak lagi bermastautin di rumah sewa ini dan semalam aku baru sahaja memperkatakan hal ini bersama supervisor ini. Bermakna tidak lama lagi aku juga bakal pencen daripada kerja Part Time ku sebagai RA. Maksudnya, apabila dissertasiku dah settle, aku pun dah jadi penganggur. Secara tersiratnya, aku akan ada lebih banyak masa untuk diriku sendiri. Inilah perkara yang amat kunanti selama ini.
Aku sudah tidak sabar untuk meluangkan setiap minit yang ada dengan kerja-kerja penulisan. Aku juga berazam untuk bergiat lebih aktif lagi dalam bidang ini. Aku mahu menterjemah segala angan-anganku selama ini menjadi realiti. InsyaAllah...Hidupku bakal bermula tidak lama lagi
Jumaat, 17 Mei 2013
Dendam bukan solusi
Dulu zaman aku kecik-kecik kalau aku rasa bengkek dengan sesiapa, aku akan pastikan muka dia akan jadi bengkak jugak. Kalau tak bengkak, lebam pon jadilah. Pendek kata segala kegeraman akan berakhir dengan aksi ala-ala gelanggang wrestling WWE, dulu dikenali dengan nama WWF.
Tetapi tak semua perlawanan itu berakhir dengan kemenangan. Aku sangat puas hati kalau hayunan tangan dan kaki aku berakhir dengan tangisan si mangsa. Tetapi rasa happy tu tak lama pun. Sebab kebiasaannya si mangsa yang tak cukup berani tu akan mengadu kat abang-abang mereka yang lebih taiko, lebih besar dan lebih gagah dari aku.
Beberapa minit kemudian kegirangan aku akan berahir dengan kesakitan yang amat sangat. Bukan badan je yang sakit, hati lagi sakit... Dah lah kene tibai dengan orang yang lagi besar dari aku. Dah lah dengan hinanya aku kalah tanpa sempat melepaskan beberapa tumbukan maut. Dah lah geram sebab flying kick yang aku buat, sume dielak dan ditepis. Hati lagi lah sengsara sebab terpaksa menelan segala ugutan, amarah dan pedihnya erti sebuah kekalahan...
Apa yang boleh aku kata... membalas dendam bukan jalan peyelesaian yang berkesan. Ia hanya pencetus kepada masalah yang lebih besar dan memulakan api permusuhan. Penumbuk bukan tindakan tepat untuk menegakkan kebenaran. Penerajang bukan pilihan terbaik untuk mendapatkan kehormatan, penampar bukan terapi untu mengubat rasa kecewa.
Jadilah manusia yang sentiasa menyebarkan kebaikan daripada keburukan yang dilakukan ke atasnya. jadilah manusia yang mencetuskan kegembiraan walaupun hatinya sedang kecewa. Kelukaan bukan alasan untuk kita terus bermuram durja. Kehampaan bukan beerti hilangnya seluruh harapan yang ada. Mungkin akan menjadi pengalaman berharga yang indah dikenang pada masa akan datang. Usah berduka dengan kesedihan kerana mungkin ia adalah pencetus idea yang baik untuk menggembirakan orang lain...
Khamis, 16 Mei 2013
Puisi untuk Cikgu
Cikgu... seperti dian
Tak lelah membakar
Tak penat menyinar
Cikgu... adakalanya ibarat tongkat
tempat kami berpapah
tatkala langkah masih pincang
tatkala baru mula bertatih
tatkala baru mula bertatih
Cikgu... ibarat bunga
ilmunya mekar sepanjang waktu
tunjuk ajarnya harum mengisi kedewasaan
yang indah ku kenang
sepanjang zaman
©Kamariah Osman
©Kamariah Osman
Isnin, 6 Mei 2013
NIAT
وعن أمير المؤمنين أبي حفص بن عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى بن رياح ابن عبد الله بن قرط بن رزاح بن عدى بن كعب بن لؤي بن غالب
القرشي العدوى رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - " إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله
ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه متفق عليه
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Aku bukan lah pakar ilmu ulum hadis untuk menghuraikan hadis di atas secara jelas dan terperinci. Cuma bila tiba-tiba aku terjumpa potongan hadis ini sewaktu aku sekodeng blog orang lain, memori aku terus mengimbau zaman lampau beberapa belas tahun dahulu. Masa ni aku form 2, kelas 2 Hasan Al-Basri di sekolah tercinta Madrasah Al-Quran Waddin. Untuk tahun tersebut, hadis ini merupakan hadis ke-dua yang perlu kami hafal selepas hadis yeng menyebut tentang kewajipan menuntut ilmu. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kitab, termasuklah tiba terjemahan Matan Arba'in, hadis tentang niat diletakkan dalam bab paling awal sekali.
Betapa jelas, sudah terang lagi bersuluh, betapa pentingnya niat dalam amalan yang dilakukan setiap hari. Kadang kala kita merasakan apa yang diperjuangkan sudah betul. Tetapi tanpa disedari niat kita melencong sedikit daripada konsep keikhlasan, Maka nantinya kepincangan bakal melanda perjalanan perjuangan itu dan bakal mengakibatkan ia berkesudahan dengan "TING TONG"!!!
Aku juga teringan ketika mengikuti Bengkel Penulisan Islamik bersama saudara Hilal Asyraf, beliau mengingatkan bahawa niat adalah teras. Ibarat teras yang mendasari sebuah bangunan. Biarpun tak dapat dilihat, namun ia penentu kekukuhan sesebuah bangunan. Kita tak pernah dengar orang kata "wah cantiknya teras bangunan itu". Sebaliknya yang sering dilafazkan ialah "cantiknya bangunan itu", "tingginya KLCC"
Tetapi apa yang bakal terjadi andai bangunan yang cantik dan tinggi itu, terasnya tidak kukuh, goyah dan lemah? Usahkan tunggu anak cucu kita lahir, mungkin tak sempat lagi kita menjejak usia tua, bangunan itu sudah jatuh kecepek sujud terdampat di bumi.
Maka, carilah masa untuk melakukan muhasabah terhadap diri dan tindakan kita sehari-hari yang didasari oleh niat. Perbetulkan niat jika ia tergelincir daripada prinsip keikhlasan dan matlamat utama yakni "LILLAHI TA'ALA"
Langgan:
Catatan (Atom)