Rabu, 26 Disember 2012

Bintang di siang hari


“HANYA DALAM GELAP KITE NAMPAK BINTANG”

Kata-kata ini saya petik dari seorang guru, Cik Puan Salina Ibrahim ketika kursus penulisan novel yang berlangsung pada 22 & 23 Disember yang lalu.

Ya saya setuju bahawa hanya pada waktu kesempitan kita akan menghargai benda-benda kecil yang sering kali diabaikan.
Hanya pada waktu susah kita akan mengumpulkan duit-duit syiling yang selama ini terbiar bersepah-sepah di dalam beg, di atas  meja, di bawah tilam...

Hanya pada waktu kesibukan yang amat sangat, kita akan menghargai setiap detik waktu yang ada. Walaupun hanya 5 minit, yang biasanya kita biarkan berlalu begitu sahaja. Namun pada waktu dibebani timbunan kerja yang berlambak-lambak, setiap saat kita akan penuhi dengan sangat produktif dan efisien.

Ermmm... kalaulah kita sentiasa bersikap begini pada waktu susah atau senang, tentunya hidup ini akan menjadi lebih BERMAKNA...

“HANYA DALAM GELAP KITE NAMPAK BINTANG”

Ada kalanya juga kita tidak menghargai kewujudan yang seseorang yang sentiasa memberi sokongan kepada kita. Tetapi ketika orang lain sudah tidak menghargai kita, saat itulah kita sedar bahawa selama ini orang tersebut sentiasa ada walaupun tidak pernah kita peduli. Bagaikan bintang di siang hari. Wujudnya tidak pernah disedari, hadirnya tidak disyukuri. Hanya tatkala kegelapan menjelma, dia diingati dan dicari


2 ulasan: