Bermimpilah yang indah. Bercita-citalah yang tinggi. Berimpianlah
yang besar. Rebutlah ilmu sebanyaknya. Belajarlah dari alam. Hayatilah
kehidupan. Jelajahi Asia yang luas. Jengkali Afrika yang eksotik, jelajahi Eropah
yang megah. Lalu berhentilah di mana mimpi itu berada. Apa yang penting bukanlah berapa besar mimpi itu. Tetapi sebesar
mana diri kita untuk mimpi itu.
Perjalanan meraih mimpi adalah tidak semudah membayangkannya
dalam imaginasi. Tidak salah bermimpi yang indah. Tidak berdosa mencipta impian
yang tinggi. Bukan satu jenayah jika memasang cita-cita yang besar.
Namun kita mesti meyakini bahawa kita mampu menterjemahkan
mimpi itu menjadi realiti dalam dunia kehidupan yang sebenar. Seterusnya menemukan
jalan terbaik buat meraih mimpi-mimpi itu.
Jangan pernah menyangka perjalanan menuju ke sana sentiasa
lapang dan lancar tanpa sebarang halangan. Tentunya banyak rintangan yang
menanti di hadapan. Kita memerlukan KEBERANIAN dan KEKUATAN untuk menghadapinya.
Asalkan jangan pernah berhenti untuk terus bermimpi.
~ kata-kata yang diadaptasi dan diubahsuai dari novel Sang Pemimpi (Andrea
Hirata)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan