Ahad, 17 Februari 2013

Puisi: Cinta

~ Petikan puisi Rumi dalam Diwan Shamsi Tabriz diterjemahkan oleh Abdul Hadi W.M.
Sumber: Novel Ketika Cinta Bertasbih


Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang


Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
Dan percintaan

Puisi: Kau menyintaiku


Puisi dari novel Ketika Cinta Bertasbih



Kau mencintaiku 
Seperti bumi Mencintai titah Tuhannya.
Tak pernah lelah Menanggung beban derita
Tak pernah lelah Menghisap luka

Kau mencintaiku 
Seperti matahari Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah Menghangatkan jiwa


Kau mencintaiku
Seperti air Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Membersihkan lara
Tak pernah lelah Menyejukkan dahaga


Kau mencintaiku
Seperti bunga Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah Meneduhkan gelisah nyala



Satu,dua, tiga...


Nombor yang ada banyak-banyak sampai ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu, million, billion, trilion dan sehingga tak terhitung... Semuanya tetap bermula dengan nombor yang PERTAMA yakni SATU. 



Segalanya bermula dengan langkah pertama. Jika tiada yang pertama, maka tidak akan ada langkah-langkah yang seterusnya. Tetapi sebelum bermulanya langkah pertama kita ada satu proses yang disebut PRA-LANGKAH. Hahahahaha kalau istilah ini tidak ditemui dalam Kamus Dewan, jangan marah ye. Apa yang penting, korang faham apa yang dimaksudkan. Ala... diringkaskan kata-kata sebelum kita memulakan sesuatu kerja, sesuatu tugas, sesuatu aktiviti sudah tentu kita akan membuat KEPUTUSAN terlebih dahulu. Itulah pra-langkah yang dimaksudkan.

Ramai yang sedia maklum betapa pentingnya KEPUTUSAN yang diambil. Mungkin disebabkan itu, ramai yang tidak BERANI membuat keputusan. Kerana mereka bimbang tersilap langkah. Lalu, ramai dikalangan kita yang membiarkan orang lain membuat keputusan untuk diri dan masa depan mereka. Adakah mereka gembira, bahagia dan benar-benar puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh orang lain???


 Sebenarnya kehidupan ini sangat subjektif. Membuat keputusan untuk masa depan dan kehidupan tidak sama seperti menhitamkan kertas OMR untuk menjawab soalan objektif dalam peperiksaan.  Kalau jawab A, jawapan adalah BETUL dan markah akan diberikan. Kalau jawab B, C,D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y atau Z... Jawapan adalah SALAH, maka tiada markah akan diberikan!!!

Konsep kehidupan sangat berbeza. Apa yang penting, kita mesti BERANI memutuskan sesuatu hal atu isu dengan yakin tanpa ragu-ragu. Tiada istilah betul ataupun salah. Seterusnya menghadapi segala kesan atau risiko yang terhasil daripada keputusan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan berani tanpa sebarang penyesalan. Selesaikanlah apa jua masalah yang timbul dengan kreatif, inovatif dan jangan sekali-kali lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Pencipta agar setiap tindakan yang kita lakukan tidak terpesong dari jalan dan syariat-Nya. 

Tidak salah bertanya pendapat daripada orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, tetapi keputusan tetap ditangan TUAN BADAN. Kerana kitalah yang yang benar-benar mengenal siapakah diri kita, apakah yang benar-benar kita ingini dalam hidup dan apa yang terbaik untuk diri dan masa depan kita sendiri. Apa-apa yang terbaik secara umum atau apa-apa yang terbaik untuk orang lain, tidak beerti ia juga terbaik untuk diri dan masa depan kita. 

Andainya kita masih ragu-ragu, minta tolonglah kepada DIA yang mencipta langit dan bumi. BerISTIKHOROHlah dan mohonlah petunjuk daripada-Nya Yang Maha Mengetahui. Apabila kita diuji selepas itu, kita akan menjadi lebih bersemangat, lebih tabah, hati menjadi lebih cekal dan mantap. Biarpun ribut, taufan, tsunami, gunung berapi atu gempa bumi melanda,  jiwa tetap berasa teguh dan mantap. Tidak tergetus, tidak tergoyah oleh apapun jua rintangan dan cabaran yang datang. Ini kerana kita telah termotivasi bahawa keputusan yang diambil berpandukan panduan dorongan yang ditunjukkan oleh Allah Azza a Jalla Tuhan Pencipta sekalian alam melalui petunjuk dan gerak hati. Dengan izin dan kehendak-Nya, Segala masalah pasti ada jalan penyelesainan. 

Isnin, 11 Februari 2013

Jalan menuju KEJAYAAN


Jalan menuju KEJAYAAN itu tidak sentiasa lurus.


Disana wujud halangan yang dipanggil kegagalan 


Terdapat lubang yang dikenali sebagai kekeliruan




Ada bonggol keselamatan yang bernama KAWAN



Muncul lampu merah yang bergelar musuh





Terdapat lampu amaran yakni keluarga




akan ada permukaan mendatar yang dipanggil pekerjaan 



Tetapi, jika kita mempunyai satu spare yang disebut  KEAZAMAN




dan enjin yang dipanggil KETABAHAN 



Dengan izin-Nya, kita akan sampai ke satu destinasi yanh bernama KEJAYAAN !!!

Jumaat, 8 Februari 2013

Ada apa dengan MIMPI




Bermimpilah yang indah. Bercita-citalah yang tinggi. Berimpianlah yang besar. Rebutlah ilmu sebanyaknya. Belajarlah dari alam. Hayatilah kehidupan. Jelajahi Asia yang luas. Jengkali Afrika yang eksotik, jelajahi Eropah yang megah. Lalu berhentilah di mana mimpi itu berada. Apa yang penting bukanlah berapa besar mimpi itu. Tetapi sebesar mana diri kita untuk mimpi itu.

Perjalanan meraih mimpi adalah tidak semudah membayangkannya dalam imaginasi. Tidak salah bermimpi yang indah. Tidak berdosa mencipta impian yang tinggi. Bukan satu jenayah jika memasang cita-cita yang besar.


Namun kita mesti meyakini bahawa kita mampu menterjemahkan mimpi itu menjadi realiti dalam dunia kehidupan yang sebenar. Seterusnya menemukan jalan terbaik buat meraih mimpi-mimpi itu.

Jangan pernah menyangka perjalanan menuju ke sana sentiasa lapang dan lancar tanpa sebarang halangan. Tentunya banyak rintangan yang menanti di hadapan. Kita memerlukan KEBERANIAN dan KEKUATAN untuk menghadapinya. Asalkan jangan pernah berhenti untuk terus bermimpi.


~ kata-kata yang diadaptasi dan diubahsuai dari novel Sang Pemimpi (Andrea Hirata)

Rabu, 6 Februari 2013

كن صديقى

Puisi ini adalah hasil karya Suad Al-Sabah seorang yang terkenal sebagai penyair, penulis dan pengkritik. Puisi ini bertajuk كن صديقى, atau dalam bahasa omputehnya bermaksud "BE MY FRIEND"

كم جميل لو بقينا أصدقاء

إن كل امراة تحتاج إلى كف صديق

كن صديقى

هواياتى صغيرة

واهتماماتى صغيرة

وطموحى أن أمشى ساعات معك

تحت المطر
عندما يسكننى الحزن
ويبكينى الوتر

فلماذا تهتم بشكلى
ولا تدرك عقلى
كن صديقى


English translation:
How beautiful would it be if we remained friends
Every woman needs the hand of a friend
Be my friend
My hobbies are simple
And my interests are simple
And all I hope for is a walk with you
For hours, in the rain
When sadness dwells in me
And music brings tears to my eyes
So, why do you only care about my appearance
And not realize my mind
Be my friend!