Isnin, 31 Disember 2012

HIDUP BARU



Hari berlalu, bulan bertukar dan tahun pun berganti. Ketibaan tahun baru membawa harapan baru bersama semangat yang kian marak menyala. 

Masa lalu adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah harapan. Detik demi detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan telah mencoret banyak kisah, suka dan duka, tangis dan tawa, kejayaan dan kegagalan yang mewarnai dan menghiasi lakaran kehidupan. Biarkan semua menjadi kenangan yang bakal ditinggalkan dan dikenang untuk dijadikan teladan sepanjang zaman. 

Kini tahun baru telah tiba, inilah masa untuk kita memperbaiki kegagalan demi mencapai kejayaan, merealisasikan mimpi menjadi realiti, membuka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan. 

Selamat tahun baru 2013. Selamat tinggal kenangan dan selamat datang harapan dalam kenyataan bertemankan impian. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Semoga tahun ini menjadi mubtada’ untuk sebuah cerita KEJAYAAN



Rabu, 26 Disember 2012

Bintang di siang hari


“HANYA DALAM GELAP KITE NAMPAK BINTANG”

Kata-kata ini saya petik dari seorang guru, Cik Puan Salina Ibrahim ketika kursus penulisan novel yang berlangsung pada 22 & 23 Disember yang lalu.

Ya saya setuju bahawa hanya pada waktu kesempitan kita akan menghargai benda-benda kecil yang sering kali diabaikan.
Hanya pada waktu susah kita akan mengumpulkan duit-duit syiling yang selama ini terbiar bersepah-sepah di dalam beg, di atas  meja, di bawah tilam...

Hanya pada waktu kesibukan yang amat sangat, kita akan menghargai setiap detik waktu yang ada. Walaupun hanya 5 minit, yang biasanya kita biarkan berlalu begitu sahaja. Namun pada waktu dibebani timbunan kerja yang berlambak-lambak, setiap saat kita akan penuhi dengan sangat produktif dan efisien.

Ermmm... kalaulah kita sentiasa bersikap begini pada waktu susah atau senang, tentunya hidup ini akan menjadi lebih BERMAKNA...

“HANYA DALAM GELAP KITE NAMPAK BINTANG”

Ada kalanya juga kita tidak menghargai kewujudan yang seseorang yang sentiasa memberi sokongan kepada kita. Tetapi ketika orang lain sudah tidak menghargai kita, saat itulah kita sedar bahawa selama ini orang tersebut sentiasa ada walaupun tidak pernah kita peduli. Bagaikan bintang di siang hari. Wujudnya tidak pernah disedari, hadirnya tidak disyukuri. Hanya tatkala kegelapan menjelma, dia diingati dan dicari


Selasa, 25 Disember 2012

AKU BUZY LA...


Kesibukan bukan alasan untuk kita tidak melaksanakan tanggungjawab
Kesibukan bukan penyebab untuk kita menangguhkan tugasan
Kesibukan bukan penghalang daripada melakukan perkara-perkara HEBAT

Jangan menyalahkan KERJA yang banyak jika kita GAGAL menterjemahkan mimpi menjadi realiti
Jadilah SI pencuri MASA yang LICIK

Kerana apa yang kita lakukan pada HARI INI bakal menentukan siapakah kita pada MASA akan DATANG

Isnin, 3 Disember 2012

MENUNGGU DAN TERUS MENANTI



Waktu sibuk dengan TUGASAN yang BERLAMBAK-LAMBAK, kita selalu bayangkan alangkah indahnya hidup kalau saat ini kita dapat duduk LEPAK-LEPAK ataupun berenang-renang di atas katil sehingga menjelang tengah hari buta.

Tetapi pada waktu lapang, kita kata BOSAN, BORING, tak tahu apa nak buat. Lalu kita mencipta aktiviti yang ada kalanya PELIK, DAHSYAT, buang masa dan boleh MEMPERDAJALKAN orang lain.

Diringkaskan kata-kata, time BUZY kita menunggu untuk menikmati saat-saat sume keje da settle. Tak sabar-sabar nak GOYANG KAKi. Time da FREE plak, kite BOSAN dan menunggu kerja yang bertimbun-timbun tu MENGHEMPUK kepala HOTAK kite dengan GANAZZZZnya

PERSOALANNYA, bila masanya kita nak menikmati detik-detik dalam kehidupan ini dengan TENANG dan penuh PENGHAYATAN???

Kalau macam tu sampai bila-bila pun kita tak akan berasa benar-benar bahagia, gembira.... sebab sepanjang HIDUP kite sentiasa terus menunggu, menanti dan mengharapkan sesuatu yang lain.

APA sebenarnya yang kita patut LAKUKAN SEKARANG???

Mengisi setiap ruang kosong yang ada dengan perkara BERMANFAAT demi MASA DEPAN yang GEMILANG. Lakukannya dengan sepenuh penghayatan dan nikmati hidup ini dengan perasaan bersyukur, bahagia dan gembira dengan apa adanya.