Selasa, 23 April 2013

Tabah Aku Teguh





Melintang, aku tak patah
Membujur aku tak berlalu

Biarkan kemarau meneguk kering
Hatiku tak kontang
Biarkan tengkujuh membanjiri
Tak aku karam dalam kelemasan

Dahi tunduk mencecah lantai
Jiwa teguh tak tergetus
Hati cekal tak terusik

Biarkan lara berlalu mengekori musim
Tetap...
Tabah menyembah bumi
Teguh mendongak langit



©Kamariah Osman 
1.45 pm

Jumaat, 19 April 2013

Usaha!!!


Apabila dihujani masalah, apabila ribut kekacauan melanda, apabila segala tugasan mendesak datang bertubi-tubi ibarat peluru tak bermata. Sangat kejam tak kenal belas kasihan. Datang tanpa henti, yang dah sedia ada pun, bagai tak reti-reti pergi...

Memanglah tugasan itu tak akan pergi dengan sendirinya. Sebab dia mana ada kaki macam kau!!! Segala bebanan tu tak akan settle dengan sendirinya kerana kita hidup dalam dunia yang sebenar yang memerlukan usaha. Kalau  tiba-tiba ada yang bulat datang bergolek, barangkali ada kaki-kaki bangku telah terterajang secara tak sengaja, kalau ada yang pipih tiba-tiba melayang-layang ke pangkuan kita, itu atas bantuan angin yang dengan izin dan kuasa-Nya untuk bertiup

Segalanya menuntut untuk kita berusaha dan bertindak. Walaupun sekadar untuk menguis tahi cicak yang ada depan mata. Kita bukan macam dalam Filem Harry Potter yang penuh magik dan fantasi, cukup sekadar kau hayunkan tongkat sakti, semua mangkok hayun boleh mampos...