مبتدئ چريتا سبواه کجاياءن
Blog ini tidak menjamu anda secangkir kopi mahupun sepiring kuih muih. Sekadar sepotong ayat motivasi sebagai hidangan jiwa dan santapan minda.
Sabtu, 8 Februari 2014
Apa itu GADIS KOMIK?
Ramai juga yang bertanya, "Gadis Komik ini, bentuknya bagaimana? Adakah hanya dipenuhi dengan komik sahaja?"
Jawapannya, "Bukan begitu. Novel Gadis Komik ada dua-dua. Ada novel dan dibelakangnya ada komik. Jika anda membaca novel Budak Komik atau Budak U karya Khairy Tajudin, begitulah rupanya."
Bagi yang malas nak membaca cerita panjang-panjang, silakan baca dahulu komiknya. Selepas itu, apabila ingin tahu secara terperinci, sila selak halaman depan untuk menelaah novelnya pula.
Insya-Allah... Ada ayat yang menggeletek jiwa. Ada adegan yang mencuit rasa. Sehingga membuat anda ingin tertawa. Tetapi... AWAS! Kepada yang ingin 'control macho' atau 'mengekalkan keayuan', usah dibaca di tempat awan. Nanti bimbang dituduh kurang siuman sebab ketawa tak tentu pasal.
Insya-Allah... Andai tiada halangan, novel terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd ini akan menemui anda di Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April nanti. Sebarang infomasi terkini akan saya uar-uarkan
SALAM CERIA. Senyum-senyum selalu...
Gadis Komik: Di Sebalik Tabir (Episod 2)
~ Kenapa LAMBAT??? ~
Tempoh yang diberi oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd untuk menyiapkan manuskrip Gadis Komik ialah selama tiga bulan sahaja. Namun begitu saya mengambil masa selama enam bulan untuk melunaskannya. Manuskrip yang sepatutnya dihantar pada 23 September 2013 tetapi selamat sampai kepada editor perolehan GISB pada 23 Disember.
Apakah masalah yang membuat ia menjadi lambat? Jawapan paling jujur ialah PENANGGUHAN. Kenapa bertangguh? Macam-macam sebab. Jika nak terus juga soal jawab ini, boleh cipta lagu ala-ala ‘bangau oh bangau kenapa engkau kurus?’ tetapi versi parodi mungkin akan jadi ‘manuskrip oh manuskrip kenapa tak siap-siap?’
Kata pakar motivasi, “usah cari alasan tetapi fikirkan penyelesaian”. Tetapi macam mana pula nak fikirkan penyelesaian sebab semuanya sudah berlalu. Bukankah barang yang lepas usah dikenang lagi… Usah dikenang sehingga jadi sasau tetapi fikirkan pengajaran yang boleh diambil sebagai teladan agar pada masa akan datang ia tidak akan berulang lagi.
Antara nasihat-nasihat yang pernah diterima daripada cikgu-cikgu penulisan;
“Tulis tiap-tiap hari.”
“Jangan tunggu masa menjadi lapang. Tetapi lapangkan masa anda untuk menulis.”
“Idea ialah AMANAH!” Bagi saya, ayat ini paling menggerunkan. Jika saya tidak bergegas menaip idea itu menjadi karya, saya seperti orang yang pecah amanah! Tidak bertanggungjawab. Ibarat saya sedang menyeleweng wang syarikat yang diamanahkan untuk diuruskan sewajarnya. Maka saya bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Orang bakal gelar saya sebagai ‘FRAUDSTER’. Oh, TIDAK!!!
Apa yang dapat diambil iktibar berdasarkan kelambatan dan kelembapan saya itu? Kita bukan sahaja perlu bijak MENGURUS MASA. Akan tetapi kita juga perlu bijak dalam PENGURUSAN EMOSI. Bukan sahaja untuk penulis, bahkan untuk pelajar, pekerja, peniaga dan lain-lain pe... pe... pe...
Jika kita belajar konsep syarikat dan pemegang sahamnya yang mengamalkan konsep ‘separate legal entity’ sebagaimana menurut Akta Syarikat… Begitu juga kita, minda kita dan emosi kita… perlu amalkan konsep ‘separate thinking entity’ atau apa-apa sahaja istilah bersesuaian. Apa yang penting, semasa buat kerja jangan fikir masalah dan jangan over berangan (jika sedang gembira tahap gaban).
Memang betul, emosi bukannya seperti kucing yang boleh dipujuk dengan ikan segar. Walaupun sudah berusaha memujuk dan memberi motivasi, ada kala ia tetap juga mengada-ngada. Apa tunggu lagi, pergilah mengadu kepada DIA yang memiliki hati dan berkuasa menakluki emosi. DIA yang mencipta segala-galanya dan Maha Berkuasa…
Saya akan sambung lagi… اِنْ شَآءَ اللّهُ
Jumaat, 7 Februari 2014
Menanti Kelahiran BAYI Pertama
Teruja. Berdebar-debar. Semuanya ada. Beginikah rasa ketika menanti dan menunggu lahirnya bayi pertama? Eh, sila jangan salah faham pula. Nanti ada pula yang komen, “Eh, bila masa pula kau kawen?”
Bayi yang dimaksudkan di sini ialah sebuah novel yang diberi nama GADIS KOMIK. Kebanyakan penulis mengibaratkan proses menyiapkan manuskrip seperti sedang mengandung. Apabila semuanya selesai dan menanti buku dicetak, ia laksana menanti proses kelahiran. Siang tadi baru sahaja menerima ilustrasi cover novel. Eh terasa seperti dapat melihat bayi dalam perut
Bezanya orang yang ‘mengandung betul-betul’ ada suami, ada ahli keluarga yang teruja menanti saat kelahiran. Namun begitu, اَلْحَمْدُلِلّهِ masih ada teman-teman sealiran yang punya persamaan dalam misi perjuangan biarpun jauh daripada pandangan mata, biarpun jarang berkomunikasi namun aku tahu doa dan harapan mereka menemani setiap langkah ini.
Walaupun secara lahiriah tiada siapa di sisi, namun DIA berikan sahabat sejati yang letaknya di hati. Terima kasih Yaa Rabb kerana meminjamkan seorang sahabat sejati yang selalu ada saat diri ini ingin berkongsi dan bercerita rahsia hati. Semoga tempoh ‘pinjaman’ ini berpanjangan dan berterusan sehingga diri menemui noktah kehidupan. آمِّينَ.
Ramai rakan-rakan yang menulis status berkenaan hari-hari yang dilalui sebagai ibu, bakal ibu, bakal isteri… memori-memori indah yang dilalui menghadapi perkara-perkara rutin semasa kehamilan seperti mengidam, morning sickness, pening, loya dan macam-macam lagi. Tiada satu pun perkara-perkara di atas pernah dilalui. Diringkaskan ayat, diri ini masih lagi dalam kategori ‘kanak-kanak’ dari segi pengalaman hidup.
Namun begitu ada beberapa perkara yang kini telah dirasa, dilalui dan dihadapi sepanjang menyiapkan karya sulung ini. Ada kala diterima dengan senyuman, hati yang lapang dan jiwa yang tenang. Akan tetapi ada waktu jiwa rasa sangat tertekan, hati jadi rawan, ada kala air mata laju sahaja bercucuran menumpaskan ego yang dahulunya gah bertakhta.
Entah mengapa… Sepanjang menyiapkan novel ini, hati acap kali berperang dengan emosi. Bukannya sebelum ini tidak pernah menerima dugaan. Dahulu aku jenis manusia yang kurang kecaknaan tetapi kini ‘rasa’ itu menyentuh sehingga ke dasar perasaan. Mungkin Allah beri kesempatan untuk menikmati ‘rasa’ sebegitu agar nanti boleh digunakan agar mesej dakwah ini berterusan. اِنْ شَآءَ اللّهُ.

Ucapkan AHLAN WASAHLAN kepada Masalah
Sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. Akan tetapi derita juga bukan untuk selama-lamanya. Tentu kita pernah mengalami keadaan ketika pelbagai musibah datang dalam hidup secara berjujukan. Akan sampai satu tahap masalah itu akan pergi juga. Namun ia menuntut kesabaran kita menghadapinya dan memerlukan otak kita memikirkan penyelesaian.
Ibarat tatkala ribut petir, taufan dan puting beliung datang. Ia bukan untuk selama-lamanya. Namun ketika ribut melanda, kita perlu menghadapinya dengan tenang dan tabah. Jika ada kemungkinan ribut itu menyebabkan rumah kita runtuh, gunakan akal untuk mencari solusi bagi mengurangkan risiko kemusnahan… Sampai masanya nanti ribut akan reda. Mentari akan datang bersinar kembali bersama pelangi yang cantik.
Masalah, jadikan hadirnya seperti lantunan bola yang kuat pada lantai yang keras. Selepas terhempas ke bawah dengan hentakan yang kuat, apakah yang berlaku? Adakah bola itu terus sahaja berada pada lantai sambil mengaduh, “Jangan sentuh aku. Kepala aku sudah benjol…” Oh, tidak sama sekali! Sebaliknya bola itu akan naik semula ke atas dengan lebih tinggi.
Kehadiran masalah dalam hidup akan memberi nilai tambah dalam diri kita. Untuk menyelesaikan masalah kita belajar sesuatu. Ketika berdepan dengan masalah, kita akan beroleh pengalaman berharga yang boleh dikongsi pula kepada orang lain pada masa akan datang. Bebanannya yang berat membuat hati menjadi kuat, jiwa menjadi gagah... Semoga dengan bermujahadah ketika menghadapinya, iman juga kian bertambah dan semakin tebal cinta kepadanya.
Ucapkan اَهْلاًوَسَهْلاً kepada masalah yang saban hari bertandang dalam hidup kita. Sambutlah ia seperti seorang tetamu istimewa. Layan dengan sewajarnya. Lama mana pun tetamu bertandang, pasti akan pulang juga ke tempat tinggalnya… Dia pulang dengan meninggalkan seribu rahmat dan kenangan berharga buat pedoman kepada semua.
TANGGA TAK AKAN BERUBAH JADI ESKALATOR
Kata orang, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kalau begitu, yang berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, pentagon, oktagon dan gon-gon-gon yang lain, nak datang macam mana ya? Oleh itu, JANGAN BUANG MASA MENANTI TANGGA HIDUP BERUBAH MENJADI ESKALATOR YANG MEMBAWA KE ATAS TANPA SEBARANG USAHA.
Sesungguhnya, tangga tidak akan berubah menjadi eskalator dengan sendirinya. Akan tetapi kitalah yang perlu memerah otak memikir teknologi yang sesuai untuk mencipta eskalator itu demi melakar Cerita Sebuah Kejayaan
Kita sering kali mengharap agar jalan menuju kejayaan sentiasa cantik, licin dan rata. Kita selalu mengimpikan liku-liku yang harus dilalui dalam mencapai cita-cita tidak banyak cabarannya dan biasa-biasa sahaja. Kita sering TUNGGU sehingga keadaan menjadi stabil. Kerana kita malas nak menempuh kesusahan. Kalau begitu, macam mana kita nak jadi insan hebat yang LUAR BIASA?
Bayangkan kita mahu memasuki hutan belantara yang belum pernah diterobos oleh orang lain. Hutan yang kaya dengan khazanahnya, banyak sekali pokok-pokok besar berusia ratusan tahu. Namun untuk sampai ke dalamnya kita harus tempuh semak samun, pokok renek berduri, sarang tebuan dan banyak lagi ‘benda alah’ yang perlu dihadapi.
Agak-agak adakah semua ‘bende alah’ itu akan hilang dengan sendirinya jika kita duduk diam tanpa melakukan apa-apa? Kita perlu mencari parang untuk menebas semak samun dan mencantas duri-duri yang ada. Jika luka sikit-sikit biasalah. Kadang kala boleh luka parah apabila parang tertetak pada tangan atau ada dahan yang menimpa sampai kepala naik benjol. Bengkak dan bisa diserang tebuan usah ditanya…
Memang sakit untuk menikmati apa yang diimpikan. Jangan takut. Kerana nikmat itu dapat dirasa ketika keringat usaha berguguran walaupun kejayaan yang diimpikan masih sirna nun di hujung sana. Entah sempat, entah tidak. Ingat, berpantang MAUT sebelum AJAL. Jangan lupa DOA dan tawakal kepada-Nya Yang Maha Berkuasa

Selasa, 4 Februari 2014
Gadis Komik: Di Sebalik Tabir (Episod 1)
“Dalam hidup ini tiada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula.” ~Petikan Novel SAYA Tunggu AWAK
Saya ingin bercerita tentang rentetan yang menggerakkan sepuluh jari ini berlari-lari atas papan kekunci untuk menyiapkan manuskrip Gadis Komik. Eh, tetapi kenapa pula saya memetik tagline daripada novel SAYA TUNGGU AWAK? Kerana segala-galanya telah dirancang oleh-Nya dengan rapi dan teratur. Walaupun kita nampak macam ‘kebetulan’ sahaja...
“Eh, nasib baik kita berjumpa di sini.”
“Kebetulan pula aku pun nak buat benda yang sama...”
Ayat-ayat sebegini sering kali meniti bibir. Akan tetapi semua itu tidak akan berlaku jika Dia tidak mengizinkan, waima sehelai daun yang gugur ke bumi sekalipun...
Sebenarnya sejak awal lagi saya ingin menulis buku motivasi. Bukannya novel tarbiah seperti yang sudah terjadi sekarang. Namun begitu, Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Segala-galanya bermula apabila Dia mengatur perkenalan saya dengan Puan Faeeza Fadel dalam satu bengkel penulisan pada Disember 2012. Beliau memaklumkan tentang Bengkel Penulisan Islamik bersama Hilal Asyraf pada Januari 2013. Tanpa fikir panjang, saya pun turut menyertainya.
Pada bulan Jun 2013 diadakan pula Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami selama dua hari satu malam. Ketika bengkel itu kami diminta menyiapkan proposal yang perlu dibentangkan dan dinilai. Idea ketika itu memang bercelaru. اَلْحَمْدُلِلّه berkat pertolongan-Nya melalui bimbingan insan-insan baik hati daripada GISB yang memurnikan idea itu.
Keputusan diumumkan sebelum tamat bengkel, sama ada akan diterima, ditolak ataupun perlu diperbaiki. Syukur, dengan izin-Nya idea diterima dan surat tawaran pun diberi.
Tiada kata secantik bahasa
Tiada ungkapan seindah اَلْحَمْدُلِلّه
Nak digambarkan rasa syukur kepada-Nya
Tiga bulan tempoh diberi untuk menyiapkan manuskrip. Menekan papan kekunci, menyusun aksara sambil menggubah kata-kata membentuk bicara. Menyelit tarbiah di sebalik cerita... Bukanlah semudah yang dibayangkan. Biarpun tak sesukar memintal pasir menjadi bunga. Tidak juga mustahil bagai memetik bintang untuk disimpan dalam almari kaca buat perhiasan
Namun begitu, cabaran paling utama ialah untuk mengekalkan melodi bicara agar sesuai untuk remaja. Tajuknya pun ‘Gadis Komik’, perlulah santai dan sekali sekala menggeletek hati pembaca. Tetapi bagaimana mahu mencetuskan kelucuan andai hati sedang rawan dek cetusan peperangan emosi yang semakin tak keruan...
اِنْ شَآءَ اللّهُ pada masa akan datang saya akan bercerita lagi... Kenapa saya menulis cerita sebegini, bagaimana saya mengatasi cabaran-cabaran yang datang dan macam-macam lagi perkara yang melatari sepanjang proses menyiapkannya...
Eh, nampak tak... perkenalan dengan Puan Faeeza Fadel yang akhirnya menjebak saya untuk menulis novel ini dengan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Ia tidak habis setakat itu sahaja. banyak lagi yang berlaku selepas itu. Lagi... lagi... dan lagi
Ahad, 2 Februari 2014
Novel Tarbiah Remaja
Novel Gadis Komik memberi ilham dan inspirasi untuk merealisasikan impian menjadi realiti. Setiap insan pasti ada cita-cita. Akan tetapi, konflik sering kali melanda apabila seseorang itu bercita-cita menjadikan bakat dan minatnya sebagai karier. Apatah lagi andai cita-cita itu tidak tergolong dalam kategori kerjaya profesional.
Adakah berbaloi mengorbankan impian indah demi menyenangkan hati orang lain? Namun begitu, patutkah diteruskan juga usaha mengejar cita-cita seandainya bakal melukai hati ibu bapa yang tercinta ?
Cita-cita bukan sahaja memerlukan pengorbanan. Bahkan lebih daripada itu… Jika masih ingin mempertahankan cita-cita dan pada masa yang sama tidak mahu jadi anak derhaka, bagaimanakah caranya ?
Saksikan cara Natrah dan rakan-rakannya menyusun strategi agar cita-citanya untuk menjadi pelukis komik direstui keluarga dan mendapat redha Ilahi…
Langgan:
Catatan (Atom)